PRK : BN kerah Peserta PLKN berkempen

 

Badan pemantau pilihanraya Malaysian for Free & Fair Election (Mafrel) berkata ia mempunyai bukti bergambar rekrut-rekrut PLKN dan Y2Y berseragam dikerah dalam perarakan Barisan Nasional semasa hari penamaan calon serta berkempen di pilihanraya kecil N29 Batang Ai awal bulan ini.

BN didakwa melanggar undang-undang pilihan raya dengan menyalahgunakan kedua-dua peserta Program tersebut untuk kepentingan mereka semasa kempen pilihanraya kecil tersebut.

Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini berkata, satu laporan lengkap memperincikan penyalahgunaan sumber kerajaan oleh BN dalam tiga pilihan raya kecil lalu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya dalam masa terdekat ini.

“Penyalahgunaan prasarana awam dikesan dalam ketiga-tiga pilihan raya lepas. Ini termasuk pengunaan prasarana awam seperti dewan masyarakat, kenderaan kerajaan dan majlis rasmi kerajaan untuk tujuan kempen,” tegas beliau

Menurutnya lagi mobilisasi pelatih-pelatih dari program khidmat negara semasa hari penamaan calon di Batang Ai adalah amat dikesalkan,

Selain itu, Mafrel turut mendakwa BN menyalahgunakan sejumlah besar wang rakyat untuk tujuan politik dalam pilihanraya Batang Ai.

“Di Batang Ai sahaja, BN menjanjikan projek-projek bernilai lebih dari RM175 juta termasuk pembinaan kompleks polis bernilai RM58.7 juta, pusat jalur lebar bernilai RM2.5 juta, projek turap jalan bernilai RM62 juta dan penambahbaikan dan pemulihan rumah panjang bernilai RM2 juta,” tegas beliau. –SuaraKeadilan

Leave a comment

Filed under Sarawak News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s