Sino- Bumiputera kasta ke 7 dan ke 8 di Malaysia?

Sistem Kasta bukan sahaja terdapat di India dan Nepal, malah di negara kita sendiri.Marilah kita kenali beberapa jenis kasta bumiputera di negara kita sendiri, One Malaysia.

Bumiputera kelas 1 -Yang dipertuan Agong,Sultan-Sultan negeri

(Hieraki ini dari jenis golongan bergaji RM30 ribu dan keatas, tidak akan berpencen sehingga meninggal dunia.Putera sulung bakal memerintah puluhan juta rakyat.Putera-puteri lain akan menjawat jawatan penting dalam kerajaan,tentera atau GLC)(Birth right)

Bumiputera kelas 2 -Melayu Islam Elit kerabat diraja

raje(Walaupun bukan raja, Mempunyai trend & gaya hidup yang selesa, sesetengah mereka menerima elaun sara hidup yang tinggi dari mana-mana negeri jajahan ayahnya. Hampir semua berpendidikan dari Universiti luar negeri dan mempunyai puluhan ‘bodyguard’)

 

Bumiputera kelas 3- Melayu Islam Elit/Kaya (Rakyat Jelata) & MUFTI

(Muncul akibat pengenalan Dasar Ekonomi Baru dan kronisma,Mempunyai ‘attitude winner takes all. Membolot lesen F PKK sehingga di bekukan)

Mufti – Mempunyai kuasa menindas non-malay/muslim melalui fartwa.

Bumiputera kelas 4- Melayu Islam Sederhana / Miskin

(Menerima bantuan penuh dari kerajaan seperti bantuan biasiswa,asrama penuh/ pinjaman MARA/Tekundan dan penerima utama rumah PPRT (sesetengah tidak layak). Durian runtuh akan diberi kepada golongan ini menjelang perhimpunan agong parti melayu / pilihanraya.Golongan yang paling senang dapat permit teksi/peneraju  CUEPECS)

 

Bumiputera kelas 5-Bumiputera Islam Sabah dan Sarawak

(Memerlukan kuda tunggangan seperti Taib Mahmud ,Shafie Abdal dan Musa Aman. Membolot 90% pekerjaan di sektor awan borneosasi,/membolot projek-projek  koridor & lesen F Sabah Sarawak. IC yang bertulis bumiputera islam lebih bernilai dari segulung ijazah di Malaysia)

Bumiputera kasta 6- Bumiputera lain-lain (Kadazan,Dayak,Murut)

(Golongan ini dibahagi dua,1) mentaliti menentang dan 2)terlalu mengikut arus@ melting pot attitude! @ apa-apa pun bolehlah) Di Sabah,Terlalu menentang Kerajaan Melayu Pusat sehingga di anak tirikan sekejap.(1994-2001). DI Sarawak walaupun majoriti, dipecah-pecahkan seperti daun terup.Nilai melonjak naik apabila kerajaan pemerintah hilang 2/3 majoriti di parlimen.

Bumiputera kasta 7- Sino -Native Perempuan

(Biasanya golongan ini akan berkahwin dengan full bumi atau full bangsa cina. Anak mereka samada mendapat full bumi (kerana kehilangan ‘siang’ @ chinece name )atau inherit chinese tresure. Chinese suka golongan ini supaya anak boleh memiliki ASB)

Bumiputera kasta 8-Sino Native Lelaki

(Kasta yang paling rendah.Mereka dilemma samada untuk membuang nama keluarga atau tidak, disebabkan ‘tekanan masyarakat’). Golongan ini sukar untuk mewariskan harta dan tanah kepada anak mereka. Di Sabah pembekuan Sijil Anak Negeri pada April 1982 menutup terus anak mereka mewarisi tanah NT dan memiliki ASB.

Bagaimana untuk naik ke kasta lebih tinggi?

Bumiputera kasta 1 = Tidak perlu kerana mereka sudah di hieraki teratas.

Bumiputera kasta 2= Tidak perlu kerana mereka sudah di hieraki teratas.

Bumiputera kasta 3= Berkahwin dengan golongan bangsawan level 1 atau 2.

Bumiputera kasta 4= Berkahwin dengan golongan bumiputera kelas 2. Menyertai politik & menjadikan radikal & nepotisma sebagai tunjang perjuangan.

Bumiputera kasta 5= Berkahwin dengan golongan bangsawan 3. Menyertai politik & menjadikan menekan Bumiputera bukan Islam kelas ke 6. Mencuri bahagian kek Bumiputera 6.

Bumiputera kasta 6= Cara mudah, masuk Islam dan parti melayu radikal.Cara lain akan ditolak.

Bumiputera kasta 7= Cara mudah, kawin dengan full bumiputera.

Bumiputera kasta 8= Cara mudah, masuk Islam dan membuang ‘nama cina mereka’, atau kerajaan mengembalikan sijil anak negeri.

Anti Kronisma

3 Comments

Filed under Racist, Sabah News, UPKO

3 responses to “Sino- Bumiputera kasta ke 7 dan ke 8 di Malaysia?

  1. Saudara Anti Kronisma,

    Saya tertarik dengan tulisan saudara tentang perkara di atas iaitu Bumiptera di Malaysia mempunyai 8 kelas yang berbeza. Saya menghormati pandangan saudara meskipun banyak perkara yang boleh dipertikaikan terutama sekali merujuk kepada Bumiputera kelas 3-Melayu Islam Elit/Kaya(Rakyat Jelata)Mufti, seperti yang saudara nyatakan.

    Pada pendapat saya, pandangan saudara tentang perkara ini adalah sangat keterlaluan, tidak bertanggungjawab dan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. Saya juga bumiputera Sabah seperti saudara, namun selama yang saya tahu agama Islam dan pihak berkuasa Islam termasuk Mufti di negara ini tidak pernahpun campur tangan apatah lagi menindas masyarakat bukan Islam. Malah kehidupan aman dan harmoni penduduk berbilang kaum dan agama di negara ini jauh lebih baik daripada negara-negara Barat yang sentiasa memandang serong terhadap perkembangan Islam di negara mereka ataupun mengambil contoh terdekat di negara-negara jiran kita. Di negara Thailand misalnya, penduduk Melayu dan orang Islam di selatan negara itu dipinggirkan dalam semua aspek keadilan ekonomi dan sosial menyebabkan banyak ketegangan dan pertumpahan darah berlaku. Di selatan Filina, bangsa Moro yang majoritinya Islam ditindas dan dikenakan tindakan ketenteraan oleh kerajaan Filipina. Keadaan ini jauh berbeza dengan penduduk majotiti Kristian di utara Filipina yang lebih maju dan moden dalam setiap aspek kehidupan mereka. Belum lagi mengambil kira kekejaman oleh bangsa yang dikatakan amat bertamadun dan moden,iaitu Israel ke atas penduduk Islam Palestin selama berpuluh-puluh tahun serta pelbagai peristiwa lain di serata tempat di dunia ini yang berlaku penganiayaan orang bukan Islam ke atas umat Islam.

    Berkenaan dengan pandangan salah saudara tentang peranan mufti, berikut saya jelaskan agar kekeliruan dan salah faham saudara dan orang bukan Islam lain dapat dibetulkan.

    Penjelasan Sebenar tentang Fatwa
    Mufti-mufti di dalam Majlis Fatwa Kebangsaan merupakan alim ulama yang telah diberikan tanggungjawab oleh Kerajaan Malaysia untuk menjaga akidah dan akhlak umat Islam supaya tidak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar menerusi pengeluaran fatwa. Adalah dituntut oleh agama Islam supaya pihak yang berkuasa seperti kerajaan dan para ulama untuk sentiasa menjaga akidah umat Islam agar terus terpelihara demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
    “Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dibetulkan dengan secara berhikmah iatu dengan kuasanya, jika tidak mampu dengan lisannya, jika tidak mampu lagi dengan hatinya. Yang demikian ini iman terlemah.”
    Orang-orang bukan Islam tidak sepatutnya mencampuri hal-ehwal umat Islam di negara ini apatah lagi berkenaan dengan perundangan dan hukum-hakam Islam. Fatwa misalnya, hanya dikeluarkan untuk umat Islam dan tidak kena mengena sama sekali dengan orang bukan Islam.
    Pihak berkuasa Islam di negara ini seperti JAKIM dan Majis Fatwa Kebangsaan tidak pernahpun mencampuri hal-ehwal agama lain seperti Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Kebebasan beragama dijamin sepenuhnya dalam perlembagaan negara.
    Walau bagaimanpun, bagi orang Islam, mereka perlu sentiasa diingatkan dari semasa ke semasa oleh pihak yang arif tentang ilmu dan hukum-hakam agama. Islam merupakan agama fitrah insani yang sesuai dengan peredaran zaman. Tiada agama lain yang mengeluarkan hukum berkaitan isu klon, bayi tabung uji, isu DNA dan sebagainya. Ulama-ulama Islam masih bekerja keras mengeluarkan hukum bertepatan dengan teknologi hari ini.
    Perlu difahami bahawa syariah dalam Islam itu adalah semua peraturan hidup Islam yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan berdasarkan sunnah (teladan) Nabi Muhammad SAW. Ia adalah tetap (fixed). Namun untuk memastikan syariah itu relevan ia perlu sentiasa dikaitkan dengan peredaran zaman dan suasana terkini. Jadi fatwa perlu untuk memastikan (sebagai contoh) boleh atau tidak boleh kita menceraikan isteri melalui SMS (zaman Nabi Muhammad tiada teknologi telefon bimbit). Inilah pentingnya peranan para ulama dan fatwa pada masa kini.
    Oleh yang demikian, fatwa adalah penjelasan hukum. Nabi Muhammad juga menjelaskan hukum dalam konteks insaniah (kemanusiaan) melalui teladan hidupnya sebagai manusia biasa. Para ulama hanya berfatwa mengenai perkara yang tiada dalam kes-kes hidup zaman Muhammad. Seperti haramnya pengkid, di zaman Muhammad perkataan pengkid tidak wujud. Berdasarkan hal itu, fatwa tentang pengkid diperlukan pada hari ini. Meskipun dalam Al-Quran sudah dinyatakan tentang perkara yang haram bagi umat Islam seperti meminum arak, melakukan seks bebas dan perbuatan lelaki atau perempuan yang menyerupai jantina lain. Jelasnya, fatwa ulama adalah bersandarkan kepada ayat Al-Quran dan hanya menerangkan lagi apa yang telah Allah perintahkan.
    Memang kita sebagai manusia biasa tidak berhak menentukan tahap keimanan atau dosa pahala seseorang kerana yang lebih berhak menilai pada hari pembalasan nanti hanya Allah SWT. Sebagai manusia biasa yang memiliki nafsu, kita tidak akan lari daripada membuat dosa dan kesalahan. Disebabkan itulah Al-Quran dan hadis diturunkan kepada manusia sebagai panduan hidup yang sebenar sehingga ke akhir zaman. Mencegah kemungkaran dan bantu-membantu dalam perkara- perkara kebaikan amat dituntut oleh Islam demi manfaat umat sejagat, seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
    “Kamu menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar, serta beriman kepada Allah…” (Q.S. Ali Imran: 110)

    Sehubungan dengan ini, marilah terus kita membina hubungan yang lebih baik, hormat-menghormati, bertoleransi dan bersatu-padu demi keharmonian, keamanan dan kemajuan negeri Sabah dan Malaysia yang kita cintai ini.
    Teruskanlah perjuangan saudara jika itu yang terbaik bagi seluruh rakyat negeri Sabah ini.
    Terima kasih.

  2. Young KDM

    Sino – pariah?

  3. Jangan libatkan negara luar dalam isu ni..Melayu dan Islam diberi hak yang istimewa s malaysia..
    Kami jg Bumiputera asli..sepatutnya tidak wujud Bumiputera bukan melayu..Bumiputera bukan Muslim.. senang ja contoh:
    ISI SPA 8 ATAU BORANG KERAJAAN..
    anda pasti menemuinya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s