Guru Cina didakwa simpan disket foto bogel Linda Rafar

linda rafareorang guru sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas tuduhan memiliki gambar bogel pelakon terkenal Linda Rafar, kira-kira lima tahun lepas.

Foo Tip Hin, 56, didakwa memiliki dua disket bertajuk ‘BW 1’ dan
‘Skandal Melayu LR’ yang mengandungi gambar berunsur lucah pelakon itu di rumah No 16, Lorong Selamat 31, Jalan Telok Sisek, dekat Kuantan pada 5 petang, 26 Nov 2006.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5 (2) akta yang sama yang membawa denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut Bernama, selepas pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa mahkamah, Foo mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Pegawai Pendakwa Cif Insp Mohamed Zakaria memohon mahkamah mengenakan ikat jamin berjumlah RM4,000 tetapi Foo, yang tidak diwakili peguam, merayu supaya jumlah itu dikurangkan atas alasan tidak mempunyai niat untuk melarikan diri dan perlu menanggung ibunya.

Majistret Nordiana Abd Aziz kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM3,500 dengan dua penjamin dan menetapkan 14 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Hahaha,inilah  1Malaysia namanya, Guru cina minat artis Melayu(Kalau betul lah)  Alhamdullilah!

AK

Leave a comment

Filed under Malaysia News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s