Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan IT Sabah

dsc002151Kunjungan hormat ke Kementerian Pembangunan Sumber dan kemajuan Teknologi Maklumat Sabah telah diadakan oleh Pergerakan Pemuda UPKO Pusat bagi mengetahui peranan dan tanggungjawab Kementerian berkenaan.

dsc00218

Hadir menerima kunjungan hormat ini adalah Pembantu Menteri kementerian itu, YB Donald P. Mojuntin yang juga Adun Moyog. Peranan kementerian telah disampikan dengan panjang lebar kepada pergerakan ini khasnya mengenai program-program pembangunan modal insan, fungsi –fungsi Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan Sabah Skill Technology Sabah serta unit Pengiktirafan Syarikat Berstatus bumiputera.

“Kementerian ini menerima peruntukan yang paling rendah dari budget tahunan negeri, walaubagaimanapun, pemuda-pemudi Sabah perlu mengetahui dan merebut peluang-peluang latihan yang ada disediakan oleh kerajaan negeri” ujar YB Donald. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web http://www.kpsktm.sabah.gov.my/kem.asp ataupun melawat ke pejabat-pejabat daerah di kawasan masing-masing.

pemuda-upko-dgn-yb-don

Menjawab soalan yang diajukan kepada beliau,kenapa seringkali Syarikat status bumiputera perlu memperbaharui sijil mereka, YB berkata prosedur itu sedang cuba diperlicinkan. Namun Jabatan beliau adalah benteng kerajaan yang terakhir untuk ‘check and balance’ syarikat samada betul-betul bumiputera ataupun konsep ‘Ali baba’ .

Beliau menjelaskan bahawa mengikut perlembagaan negeri, bangsa Suluk (Tausug) adalah bumiputera Sabah tetapi bangsa Bugis bukan bumiputera Sabah, namun di peringkat pusat, Kerajaan Pusat mengiktiraf Bangsa Bugis sebagai Bumiputera Melayu, dan mempunyai hak kuota bumiputera, tanah dan kemasukan ke UITM.

Leave a comment

Filed under Sabah News, UPKO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s