Bekas pemimpin SAPP sertai Gerakan…untuk kekal Timbalan CM

Selepas berbulan-bulan tidak mempunyai parti setelah Parti Maju Sabah (SAPP) meninggalkan Barisan Nasional, seorang timbalan ketua menteri Sabah akhirnya menyertai Gerakan hari ini.

raymond tanPenyertaan Raymond Tan Shu Kiah diumumkan oleh Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon di Kota Kinabalu pagi ini.

SAPP meninggalkan BN menjelang 16 September tahun lalu – hari Datuk Seri Anwar Ibrahim berura-ura merampas kerajaan persekutuan – dengan alasan tidak berpuas hati dengan perdana menteri waktu itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tan, yang juga ADUN Tanjong Papat dan bekas ketua Pemuda SAPP Aw Kam Wah (ADUN Elopura) akan menyerahkan borang keahlian mereka secepat mungkin.

AK: Seperti pemimpin politik lain yang hauskan kuasa dan jawatan, keputusan menyertai parti Gerakan terpaksa dibuat bagi mengelakkan beliau  dipecat dari jawatan timbalan Ketua Menteri Sabah. Namun, gelora politik Tan baru bermula….. Mungkinkah masyarakat Cina Sabah akan mempunyai presepsi bahawa beliau  adalah contoh pemimpin BN yang ‘Gila Pangkat?

1 Comment

Filed under Sabah News

One response to “Bekas pemimpin SAPP sertai Gerakan…untuk kekal Timbalan CM

  1. Young KDM

    Berbeza dengan melayu Sabah yang ketiadaan USNO, Tham sepatutnya mempunyai pilihan parti tempatan seperti LDP dan PBS berbanding parti dari Semenanjung.Lagipun sememangnya Gerakan adalah parti BN terlemah di Sabah. Apa motif dia ni? mau pecah-pecah cina di sabah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s