Anggota polis dihukum gantung

Mohd isa polis

MOHD. ISA diiringi polis selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuantan semalam.


 

KUANTAN – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal akhirnya menerima hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas dua tuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 811.91 gram empat tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan hukuman tersebut terhadap Mohd. Isa Zainal Abidin, 52, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Seramai 10 orang saksi termasuk isteri tertuduh dipanggil dalam perbicaraan yang bermula 26 Mac 2007 dan berakhir pada 21 April lalu bagi memberi keterangan.

“Pembelaan yang diasaskan kepada penafian hak milik dadah terbabit tidak mencukupi. Malah, tertuduh sendiri memandu arah polis ke tempat dadah di dalam rumahnya menunjukkan tertuduh tahu di mana dadah itu disimpan,” katanya.

Mohd. Isa dalam pertuduhan pertama didapati mengedar dadah jenis ganja seberat 390.45 gram kira-kira pukul 5.15 petang di hadapan sebuah kedai nombor ekor di Jalan Tok Muda Haji Idris, Pekan pada 14 Oktober 2005.

Pertuduhan kedua pula, dia didapati mengedar dadah jenis ganja seberat 421.46 gram kira-kira pukul 5.30 petang di kuarters polis Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan pada tarikh yang sama.

Leave a comment

Filed under Malaysia News, Police Force

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s