Jamal mengaku bersetubuh selepas lafaz cerai

Jamal AbJAMAL (kanan) dan Fatimatuzahra ketika menghadiri perbicaraan kes perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam.

 


 

SHAH ALAM – Penyanyi Jamal Abdillah sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila membuat pengakuan bahawa dia melakukan hubungan seks dengan isterinya selepas dua hari melafazkan cerai tanpa niat untuk rujuk dengan wanita itu.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidullah Ali, 50, berkata demikian semasa memberi keterangan dalam perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai oleh Fatimatuzahra Samad, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Fatimatuzahra memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 setelah mendakwa diceraikan defendan pada pukul 8 malam 15 Mei 2007 ketika sedang memandu kereta.

Menurut Jamal yang disoal balas peguam syarie, Hairunnajmi Najmuddin yang mewakili plaintif, dia sedar kesan dan akibat lafaz cerai yang dibuatnya terhadap Fatimatuzahra malahan sebelum melafazkan cerai dia telah meminta plaintif merenung ke arah mulutnya.

Bagi Raja Pop itu, walaupun mereka telah mengadakan persetubuhan, dia tiada niat langsung untuk rujuk kembali dengan plaintif selepas menceraikan isterinya itu pada 15 Mei 2007.

Jamal juga berkata, dia telah menerangkan kepada Fatimatuzahra bahawa mereka telah bercerai dan hanya berkawan dan ia tidak lebih daripada itu.

Sementara itu, Fatimatuhzahra ketika memberi keterangan pula dilihat menitiskan air mata apabila mengulangi lafaz cerai yang berbunyi “aku ceraikan kau dengan talak satu” yang didengarnya dengan jelas ketika sama-sama berada dalam kereta.

Menurut wanita itu, dia tidak tahu mengapa Jamal melafazkan cerai dan dia kurang pasti sama ada suaminya berada dalam keadaan sedar atau tidak kerana ketika itu dia melihat Jamal kelihatan tidak normal.

Jamal pula yang tidak diwakili peguam sebaliknya memberitahu, dia menceraikan plaintif pada pukul 10 pagi hari yang sama dan bukannya pada jam 8 malam seperti yang didakwa.

Berhubung persetubuhan yang berlaku dua hari selepas bercerai, Jamal berkata, dia melakukan persetubuhan demi untuk merapatkan semula hubungan agar menjadi lebih baik demi anak-anak namun nampaknya ia tidak berjaya.

Hairunnajmi kemudian bertanya adakah ia bermaksud Jamal berniat untuk rujuk semula dengan isterinya namun penyanyi itu menafikannya.

Oleh WAZIHA WAHID

3 Comments

Filed under Malaysia News

3 responses to “Jamal mengaku bersetubuh selepas lafaz cerai

  1. Datin Siti

    Ni dah kira keganasan rumah tangga dah ni! Kalau tak suka ceraikan saja, jangan nak ber’seks-seks’ lagi. Itu namanya ‘pencabulan hak asasi wanite’

  2. Maulana

    Best ke? rogol isteri sendiri? baik gi mampus la mat rock nie.

    Siapa bilang gadis melayu(Jamal Abdillah) tak menawan (buas)?

  3. ngap

    jamal tu nak lepaskan air dah penuh je. tapi salah pompuan tu jugak, pasal mau. tepuk buah dada tanya kelentit….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s