ISU EJAAN “KADAZANDUSUN” DI MEDIA CETAK

KDCA

Bagi pihak masyarakat Kadazandusun di Sabah, saya ingin menyeru semua pihak media di Sabah tentang perkara di atas yang selama ini seringkali dikelirukan, baik secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Ejaan yang betul bagi masyarakat Kadazandusun ialah “KADAZANDUSUN/ Kadazandusun” dan BUKAN “Kadazan Dusun”, “KadazanDusun”, “Kadazan-Dusun”, “DusunKadazan” dan seumpamanya.

Kata nama “KADAZANDUSUN/ Kadazandusun” adalah terdaftar dan digunakan secara rasmi seperti dalam dokumen-dokumen rasmi berikut:

1. KDCA – KADAZANDUSUN CULTURAL ASSOCIATION SABAH

Chapter I, Article 1,

Chapter III, Article 6.

2. UPKO –      United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation,

                   Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu,

                   Pisompuruan Pasokmomogun Kadazandusun Murut

3. KLF –        Kadazandusun Language Foundation

                   Yayasan Bahasa Kadazandusun

                   Tinan Monoina Boos Kadazandusun

4. Kementerian Pelajaran Malaysia – Bahasa Kadazandusun

                                                – Boros Kadazandusun

5. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)         – Masyarakat Kadazandusun

                                                – Bahasa Kadazandusun

                                                – Tradisi dan Budaya Kadazandusun

6. Universiti Malaysia Sabah (UMS)  – Kursi Kadazandusun

                                                – Kadazandusun Chair

                                                – Bahasa Kadazandusun

7. Daily Ekspress                          – Kadazandusun (section)

8. Utusan Borneo                         – Kadazandusun (section)

9. Anugerah Kewartawanan SJA – Shell,

      Anugerah Kewartawanan Pendidikan UMS

                                                – Kategori Bahasa Kadazandusun

10. Persefahaman KDCA – USDA     – Bahasa Kadazandusun

11. KCCI        – Kadazandusun Chamber of Commerce and Industry

12. Pekadus   – Persatuan Pendidik Kadazandusun

Sehubungan dengan perkara tersebut, adalah baik sekiranya media dapat menggunakan ejaan “Kadazandusun” secara konsisten di dalam setiap tulisan dan bukan yang lain-lain.  Perkara ini sangat penting terutamanya pada ketika ini di mana masyarakat Kadazandusun merayakan sambutan Pesta Kaamatan.  Pastinya, setiap liputan media mengenai masyarakat ini serta sambutan Pesta Kaamatan akan mempengaruhi budaya dan cara hidup masyarakat ini.

KECUALI yang berkaitan dengan jabatan-jabatan berikut:

1. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Bangsa : Kadazan atau Dusun

2. Jabatan Perangkaan Malaysia

          Bangsa: Kadazan/Dusun

3. Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)

          Siaran Bahasa Kadazan atau Siaran Bahasa Dusun

Sila hubungi saya di telepon 016-8325071 sekiranya pihak tuan/puan memerlukan keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.

ALLAN GUIM DUMBONG

Ahli Jawatankuasa Pusat

Persatuan Kebudayaan Kadazandusun

Merangkap

Pengerusi, Jawatankuasa Penyelidikan, Dokumentasi & Komunikasi KDCA.

http://kdca.org.my

AK : Bah, itulah sya bilang menerusi posting terdahulu, kita jangan telampau fokus tentang ini tulisan/Ejaan yang mengelirukan, lets focus on issue like language & birth certificate / IC’s for true native Sabah. (I’m not a KDCA member)

4 Comments

Filed under Kadazandusun, Sabah News

4 responses to “ISU EJAAN “KADAZANDUSUN” DI MEDIA CETAK

  1. I am dumfounded by the above article written by ALLAN GUIM DUMBONG regarding the correct spelling of the term “Kadazadusun” and the manner in which he is giving instruction to all the newspapers media regarding the spelling of Kadazan Dusun which I quote:

    “Ejaan yang betul bagi masyarakat Kadazandusun ialah “KADAZANDUSUN/ Kadazandusun” dan BUKAN “Kadazan Dusun”, “KadazanDusun”, “Kadazan-Dusun”, “DusunKadazan” dan seumpamanya.”

    The same article was published earlier in the KDCA website at http://kdca.org.my/archives/314 .

    I have given my detailed comments on this issue in my blog:
    http://linundus.blogspot.com/2009/05/isu-ejaan-kadazandusun-di-media-cetak.html

  2. Pikiran Panjang

    Itulah kangku juga sy bilang, sampai kiamatpun kamu nda buli salasai ini hal. Walaupun MR Gundohing Dumbong dan siapa-siapa saja di kalangan urang kita yang cuba menyatukan kita dalam satu nama, namun selagi majoriti kita masih ada perasaan pride untuk tidak mahu dipanggil Dusun atau Kadazan atau malu jika di gabungkan menjadi Kadazandusun, maka beranak cicit lah kita, tidak akan selesai hal ini. Apa yang menarik, andaikan saya adalah urang luar (bangsa lain), senang betul sy cucuk2 kamu urang supaya sentiasa bergaduh dan bertelagah. Benda ini dari tahun 50 an lagi. Kalau kamu nda picaya, pigi Sabah State Archives, sila baca apa Tun Fuand Donald Stephen Kata dalam Newspaper.

  3. Pikiran Panjang

    Wahai-wahai para bijak dan pandai dan para pengomen yang tua dan yang muda. Setiap benda ada asasnya. Bila bikin bangunan tinggi, mesti ada piling. Semua satu dunia percaya dan tahu asas ini. Jangan sekali-kali kita buat bangunan atau jadi consultant jika kita tidak tahu asas piling, bangunan itu runtuh. Sebelum bercakap pasal suatu bangsa, asas haruslah difahami. Berikut adalah asasnya:
    1. Terdapat istilah yang dinamakan “bangsa”
    2. Di dalam suatu bangsa terdapat beberapa ‘etnik”
    3. didalam suatu bangsa juga ada “kaum”
    4. Bahasa itu sebenarnya adalah bangsa, dan bukan nama bangsa itu sebenarnya bangsa. Contohnya, bagaimana orang sungai di kinabatangan dan orang ranau mempunyai persamaan perkataan dan makna dalam nama panggilan burung iaitu “tombolog” atau “ombolog”. Ini ialah kerana ribuan tahun lalu nenek moyang kita berasal daripada satu tempat.
    5.Migrasi nenek moyang kita menyebabkan ada yang berhijrah dan tinggal dekat sungai, maka dinamakanlah orang sungai. Ada yang pergi hingga ke hujung utara “tengus” maka dipanggil lah “Rungus”. Ada yang tidak meneruskan perjalanan dan memilih untuk menetap disuatu tempat, maka dipanggil lah “Tindal”.
    6.Maka datanglah penjajah (tidak semestinya orang putih). maka muncul pula nama baru iaitu “Dusun” kerana mereka nampak orang ini tinggal di kebun. Maka timbulah istilah baru Kadazan dan berbagai lagi.Maka istilah seperti Tindal, Liwan, Tangara, Lotud ini adalah pada kemudiannya dianggap sebagi nama suku, ada yang kasih jadi dia etnik, ada yang kasi jadi dia kaum. (Saya tidak ada masa mahu terangkan apa itu kaum, etnik, suku. Kamu pergi kaji sendiri).

    Yang lucu disini, panggilan penjajah kepada suku ini iaitu Dusun, atau Kakadaian (Kadazan), Ada pula yang memanggil begini: ” Bangsa Dusun” Atau “Bangsa Kadazan”. Ini barang tidak wujud. Kita adalah satu bahasa tetapi belum ada nama bangsa lagi. Mana ada dua bangsa disini. Kita hanya satu. Sebelum satu proses migrasi ratusan tahun dahulu, pengembara dari eropah yang pernah ke borneo hanya memanggil nenek moyang kita dengan istilah “Dayak” Dayak bukan bermakna bangsa, tetapi membawa makna “Orang”. (Lihat Kamus), Ciri-ciri orang ini ilah bercawat, berlembing, ganas dan ditakuti oleh para lanun lanun. Para lanun hanya berani tinggal dan menguasai persisiran pantai borneo.

    Bangsa yang bertamadun seperti Yahudi atau China telah mampu mempunyai tulisan mereka sendiri ribuan tahun dahulu. Maka mereka mampu memberi nama istilah kepada bangsa mereka. Namun kita, tamadun kita terlalu kurang, kita tidak ada tulisan sendiri, tiada artifact sejarah, sebab itulah setiap orang akan memberi pendapat sendiri berasas atau tidak, belakang kira.

    Dalam pengkajian sesuatu bangsa melibatkan disiplin antropologi, sosiologi, linguistik dan sejarah. Perkara asas yang dipercayai bersama dalam disiplin ini ialah perkara diatas tadi. Buli dibilang dengan jari, tidak sampai 2 orang oarng kita ada phd atau profesor dalam bidang ini. Di semenanjung, ada beratus-ratus orang diorang ada profesor dalam bidang ini. Kita jauh kekurangan, jauh ketinggalan, maka terpaksalah bergantung kepada pendapat pendapat orang yang tidak membuat kajian secara betul dalam bidang ini. Kajian betul ialah, telah mengeluarkan satu buku atau research atau thesis yang berjaya lulus dalam viva atau perdebatan kerana bukti-bukti yang empirik dan nyata.

    Malah, kononnya orang Kadazandusun di sabah adalah dikatakan berasal dari tanah besar China. Ini belum tentu benar, bagi saya tidak benar. Tapi apa buli buat. kita tidak melahirkan phd kita dalam hal ini. Phd dari bangsa lain yang buat ini untuk kita. Mereka nyatakan teori ini pun kerana ada udang disebalik bau.

    Saya cadangkan, para persatuan kadazandusun dan mereka yang berjiwa bangsa untuk mengutus beberapa ratus orang cerdik pandai untuk mempelajari, menguasai, menakluki ilmu antropologi, sosiologi, linguistik dan sejarah orang kita. Semua buku-buku dan sumber sumber yang benar berada di Eropah. Di Universiti Of london, Di Neatherland, Portugal dan Spain. Rujukan yang ada di Malaysia berken aan dengan sejarah Mlaysia dan Asia tenggara hanya 10% sahaja. Pihak penjajah barat ini tidak mengembalikan buku2 dokumen dan penulisan ini kepada kerajaan Malaysia. Sehingga orang Melayu membuat satu seloka berkenaan dengan kisah kapal Inggeris yang karam membawa muatan buku-buku untuk dikembalikan ke tanah melayu. Namun pihak inggeris Pihak inggeris sengaja mereka reka cerita ini. Kapal tersebut tidak karam dan buku itu dibawa balik ke Eropah. Cendikiawan Kadazandusunmurut dalam perkara ini harus di lahirkan dan dibangunkan. Kita akan membina sejarah kita dan ketamadunan kita. NAMUN, SATU PERKARA YANG AKAN KITA TEMUI, PERCAYALAH, SEGALA PENEMUAN YANG AKAN KITA PEROLEHI NANTI DAN SEGALA KEBENARAN AKAN TERSURAT, BANYAK FAKTA AKAN BERTENTANGAN DENGAN SEJARAH YANG KITA PELAJARI SEKATANG. SAYA MEMOHON MAAF JIK ADA PERKATAAN SAYA SEPERTI AGAK MENYINDIR GOLONGAN SENIOR KADAZANDUSUN, SAYA MINTA MAAF UNTUK HAL ITU, SAYA MASIH MUDA, ADA DARAH SSIKIT.

    KOTOUDAN OM KOUNSIKAAN.
    “BUDAYA KADAZANDUSN IALAH MEMPELAJARI, MENGUASAI DAN MEMAHIRI SESUATU UNTUK MENOLONG DIRI SENDIRI SUPAYA KITA DAPAT MEMBANTU ORANG LAIN”

  4. Anti Kronisma

    Pikiran Panjang, Gundohing Disimon thank you for participation in this blog. I am happy you guys have put some respected opinion and ideas for worthwile thinking.

    Kotohuadan po kio.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s