Pelakon Spider-Man mati bunuh diri

du_06.1LONDON – Seorang pelakon wanita Britain, Lucy Gordon (gambar) ditemui mati tergantung di apartmennya di Paris, lapor sebuah akhbar semalam.

Gordon yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-29 esok pernah membintangi beberapa filem terkenal termasuk Spider-Man 3.

“Tempat kejadian mengerikan. Mangsa mati dalam keadaan menyedihkan, Kami tidak menjumpai orang lain dan ia adalah kes bunuh diri,” kata seorang anggota polis.

Mangsa yang pernah bekerja sebagai model turut membintangi filem Serge Gainsbourg yang sedang ditayangkan di Festival Filem Cannes.

Ketika ditemubual pada Januari tahun lalu, Gordon menyatakan kerjaya seninya berjalan dengan perlahan.

Ejen publisiti Gordon di London dan New York turut mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia.

Ibu Gordon yang bercuti di luar Britain dijangka pulang ke negara itu lewat semalam manakala adiknya, Katie, terlalu sedih untuk mengeluarkan kenyataan. – Agensi

1 Comment

Filed under Malaysia News

One response to “Pelakon Spider-Man mati bunuh diri

  1. Sang Kancil

    Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s