Tulisan Jawi menidakkan hak masyarakat Kadazandusun Membakut?

from http://membakut2u.wordpress.com

Tulisan Jawi pembaziran moden?

Road sign Jawi Membakut Sabah Protest

Isu berkenaan dengan banyak papan tanda jalan telah ditukar kepada papan tanda jalan baru yang mengandungi perkataan Jawi bagi pihak ramai pembayar cukai di daerah kecil Membakut
1. Apakah rasional Majlis Daerah/JKR/YB menukar banyak papan tanda jalan yang masih baik kepada papan tanda jalan yang mengandungi tulisan Jawi? Membakut merupakan Daerah kecil yang mempunyai pelbagai kaum, ramai penduduk di Membakut langsung tidak faham tulisan Jawi, kenapakah Majlis Daerah/YB/JKR memasukkan tulisan yang kebanyakan orang tidak faham dalam papan tanda jalan di Membakut?
2. Sehubungan dengan itu, kami perhatikan juga bukan sahaja papan tanda jalan digantikan, tetapi tiang besi dan konkrit papan yang baru juga digantikan. Bukankah ini melibatkan lebih perbelanjaan dan apakah ini perlu dilakukan oleh Majlis Daerah/YB/JKR ?
3. Papan tanda baru memaparkan tulisan Jawi mengurangkan ruang bagi tulisan Rumi, ini menyebabkan orang ramai sukar untuk membaca papan tanda jalan berkenaan.
Persoalan kami:
1)Kenapakah Majlis Daerah/YB/JKR tidak berunding dengan wakil penduduk sebelum menegakkan papan tanda jalan?
2) Ramai penduduk dan pembayar cukai di Pekan Membakut merasa kecewa terhadap Majlis Daerah/YB/JKR kerana tidak mengisi lubang jalan (potholes), membaiki parit, membina pejalan kaki, memotong rumput dan mengadakan kemudahan lain walaupun banyak aduan telah dibentangkan kepada Majlis Daerah tetapi Majlis Daerah sanggup menggunakan berjuta-juta ringgit untuk menukar kesemua papan tanda jalan di seluruh Membakut. Bukankah ini menunjukkan Majlis Daerah/YB/JKR salah meletakkan keutamaan (priority)?
3) Kami tidak faham kemasukan tulisan Jawi dalam papan tanda jalan, padahal tulisan rasmi Bahasa Malaysia pada amalannya adalah tulisan Rumi. Bagaimana pula dengan bahasa Kadazandusun & Cina?

Please continue in http://membakut2u.wordpress.com

4 Comments

Filed under Kadazandusun, Racist, Sabah News

4 responses to “Tulisan Jawi menidakkan hak masyarakat Kadazandusun Membakut?

  1. ali

    Jawi telah di gunakan sejak zaman perang jepun lagi baaahh..apa salahnya guna jawi?kasi belajar sikit orang2 sekarang yg kurang ajaran islam..tau tau lah org sekarang ni kaan

  2. Membakutwho

    sudah2 lah menyebar artikel racist. membuat tuduhan tidak berasas. sila buktikan dakwaan tulisan jawi menidakkan hak kadazandusun membakut.

    tulisan jawi itu sistem tulisan, tapi bahasa tetap bahasa melayu

  3. Anti Kronisma

    Berasas. Kalau letak tulisan Kadazan & murut di kg.Brunei memang kurang sopan. Jawi tiada dalam mana-mana ordinen Sabah. Yang diatas, fair to kadazandusun. They live in ‘Bua’ too and yes, they exist.

  4. InilahMembakutwho

    last time i check, murut & kadazan have no scripture system. if kadazan and murut do have their own scripture system. i would like you to share it here. they do have bahasa kadazan and bahasa murut. boleh beza kah sistem tulisan dengan bahasa? sistem tulisan rumi digunakan oleh bahasa inggeris, bahasa melayu, dan bahasa kadazan (correct me if i am wrong). i never see tulisan kadazan or kadazan’s own scripture system.

    what you fail to see is Tulisan Jawi as a form of scripture. but you see tulisan jawi as bahasa jawi. in matter of language it is Bahasa Melayu. the same meaning and phonetic that you read in rumi.

    you want to talk about law? ok please tell me, which part of law or ordinance forbid the usage of Tulisan Jawi. if any, please share it here? if there is such law that forbid usage of Tulisan Jawi, then it is a kind of oppression.

    if you want to put papan tanda in bahasa kadazan or murut, i dont mind, i would like to learn more words in kadazan in murut.

    if you dont want to read the jawi writing it is ok. just leave it there. you can always read the rumi writing. there is no such thing tulisan jawi menidakkan hak kadazandusun membakut.

    hak apa yang sudah ditidakkan? hak apa? list it down will you? if you cant, you are just wanking around. merely copying and pasting article from news portal. have no ability to produce your own text to argue issue.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s