M’rakat KDM disaran tingkat produktiviti

 

Kaamatan UPKO 09
KETUA Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman (dua kiri) diiringi oleh Presiden Upko Tan Sri Bernard Dompok (dua kanan) dan para pemimpin yang lain untuk merasmikan Pesta Kaamatan Upko Peringkat Negeri di Ranau, kelmarin.

24th May, 2009RANAU: Krisis ekonomi glo-bal harus mendorong mas-yarakat Kadazandusun dan Murut mempertingkatkan tahap ‘efficiency’ dan produktiviti mereka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Ini bersesuaian dengan tema pesta Kaamatan tahun ini iaitu ‘Bersama Membentuk Masa Depan yang Lebih Baik’, katanya semasa merasmikan Pesta Kaamatan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) peringkat negeri di sini, kelmarin.

Dalam masa yang sama, be-liau juga menyeru semua warga di daerah Ranau ini khasnya dan rakyat Sabah amnya, agar sentiasa memberi sokongan padu dan tidak berbelah bagi kepada kerajaan Barisan Nasi-onal (BN) untuk memastikan setiap pelaksanaan program pembangunan yang telah dirancang berjalan licin.

Beliau berkata bagi pembangunan daerah ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan lebih RM20 juta untuk kompleks sukan Ranau yang sedang dalam pembinaan, dan telah meluluskan RM70 juta untuk projek air Kundasang.

“Peruntukan besar ini bukti para pemimpin politik dan penjawat awam sentiasa bekerjasama menjayakan pelbagai agenda pembangunan di seluruh negeri. Ini amat menepati konsep 1Malaysia yang dite-kankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

“Semua ini untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat terutama di luar bandar yang setia menyokong kerajaan BN sekian lama, dan akan terus dibela,” katanya.

Beliau berkata, ini penting untuk memastikan setiap program pembangunan yang dirancang berjalan lancar demi kebai-kan dan masa depan rakyat.

“Justeru, dengan semangat ‘Satu Malaysia, Rakyat Dida-hulukan, Pencapaian Diuta-makan’, marilah kita terus bekerjasama dan berusaha untuk mencapai kemajuan dan ke-makmuran yang berkekalan untuk kesejahteraan generasi akan datang.

“Saya gembira kerana setiap kali menghadiri majlis seumpama ini, pemimpin dan rakyat dari pelbagai lapisan kaum, agama, budaya dan latar belakang turut hadir bersama-sama bagi menjayakan dan memeriahkan program yang dianjurkan,” katanya.

Turut hadir Presiden Upko yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok dan Peng-erusi sambutan perayaan itu yang juga Menteri Pembang-unan Luar Bandar Datuk Dr. Ewon Ebin.

Musa berkata, kehadiran semua lapisan masyarkat untuk memeriahkan acara termasuk pesta kaamatan, membuktikan rakyat terus komited dan men-yokong usaha kerajaan ke arah memantapkan lagi semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

“Saya yakin, semangat ini kekal menjadi tunjang kekuatan rakyat dalam menjayakan semua perayaan yang berteraskan kebudayaan dan kesenian di negeri ini,” katanya.

“Buktinya dapat disaksikan pada setiap sambutan perayaan yang pastinya akan dihadiri dan disertai oleh semua kaum dan etnik. Ia jelas membuktikan betapa tingginya semangat perpaduan, keharmonian, toleransi dan muhibah di kalangan rakyat berbilang kaum dan budaya di negera kita khususnya Sabah,” katanya.

Leave a comment

Filed under Kadazandusun, Sabah News, UPKO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s