Mangsa rogol 3,000 kali jatuh cinta

 

Elisabeth FritzlLONDON – Mangsa sumbang mahram, Elisabeth Fritzl kini tinggal sebumbung dengan pengawal peribadinya setelah jatuh cinta dengan lelaki tersebut, lapor sebuah akhbar Austria semalam.

Elisabeth, 42, dikurung dan dirogol bapanya, Josef Fritzl selama 24 tahun dalam kolong rumah mereka di Amstetten sehingga melahirkan enam anak.

Wanita itu dipercayai jatuh cinta dengan pegawai yang dikenali sebagai Thomas W itu sebaik dibebaskan dari kurungan.

Satu sumber memberitahu akhbar The Oesterreich, Elisabeth dan Thomas kini ‘satu pasangan.’

“Semua pihak nampak Elisabeth berasa selamat dalam jagaan Thomas,” kata satu sumber.

Elisabeth yang mula dikurung ketika berumur 18 tahun dipercayai dirogol lebih 3,000 kali oleh bapanya.

Kisah Elisabeth terbongkar setelah anaknya Kerstin, 19, terpaksa dihantar ke hospital kerana jatuh sakit. – Agensi

Leave a comment

Filed under Global News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s