Stadium Gong Badak:Kos mahal, kualiti tak dijaga

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH


 


 

TIADA guna membina gelanggang yang besar sekiranya kualiti tidak diutamakan.
Mungkin itu gambaran yang sesuai mengenai Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Terengganu yang runtuh Selasa lalu.

Ketika ramai yang mencari siapa yang patut bertanggungjawab atas kelemahan kualiti keselamatan stadium tersebut, mungkin ada yang tidak sedar bahawa stadium yang dibina dengan kos kira-kira RM300 juta itu sebenarnya tidak mendapat pengiktirafan daripada salah satu badan sukan antarabangsa.

Difahamkan stadium yang dibina sempena penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) XII pada 31 Mei tahun lepas itu tidak mendapat sijil pengiktirafan daripada Persekutuan Persatuan-Persatuan Olahraga Antarbangsa (IAAF) selaku badan yang menyelia sukan olahraga termasuk kualiti gelanggang di seluruh dunia.

Ini mungkin bukan perkara besar bagi sesetengah pihak, namun daripada perspektif sukan negara, ia satu persoalan yang perlu dijawab dalam usaha untuk membina kemudahan dan peralatan sukan berkelas dunia di negara ini, namun kualitinya pula dipandang mudah.

Jika dirujuk kepada senarai pensijilan peralatan dan kemudahan sukan olahraga IAAF, hanya tujuh gelanggang saja di negara ini yang mendapat pengesahan, walaupun hanya berada dalam kelas dua.

Stadium yang tersenarai ialah Stadium Darul Aman Alor Setar, Kompleks Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kompleks Sukan Bangi, Stadium Perak,

 

BEBERAPA penduduk di Kuala Terengganu melihat runtuhan bumbung di Stadium Sultan Zainal Abidin semalam.

 


 

Stadium Utama Kangar, Kompleks Sukan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM), Lumut, Stadium Tunku Abdul Rahman dan Kompleks Sukan Tawau.

Jika dibandingkan dengan tujuh gelanggang tersebut, mungkin tiada satu pun yang setanding dengan kehebatan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Namun, disebalik kemegahan dengan mercu tanda baru di Gong Badak itu, kualiti peralatan dan kemudahan stadium itu pula diabaikan.

“Jika kos Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja sekitar RM300 juta boleh dilaksanakan, mengapa sijil pengiktirafan daripada IAAF yang hanya berharga RM60,000 bagi tempoh empat tahun (kelas dua) tidak boleh diusahakan?” kata seorang pentadbir dan pengurus sukan yang enggan dikenali kepada Kosmo! semalam.

“Sijil pengiktirafan ini penting dalam bidang sukan kerana kalau kita berhabis berjuta-juta ringgit membina gelanggang yang kualitinya tidak disahkan badan sukan dunia itu, maka macam mana mahu menganjurkan acara sukan atau melahirkan atlet yang berkualiti.

“Malah, antara syarat untuk mendapat pengiktirafan ini juga ialah gelanggang tersebut perlu memenuhi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan oleh IAAF.

“Saya sangsi mengapa stadium yang tidak mendapat pengesahan ini tetap dibenarkan untuk menganjur kejohanan-kejohanan sukan.”

Justeru, insiden runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin nampaknya telah membuka pekung pelbagai pihak, bukan saja mengenai ciri-ciri keselamatannya, malah tentang kesedaran terhadap tujuan sebenar gelanggang itu diwujudkan.

Anti Kronisma : Ini betul-betul keselamatan standard Tarzan! Lu pikir la sendiri…

 

Leave a comment

Filed under Malaysia News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s