Pelajar kes ke-6 dijangkiti flu H1N1

Seorang lagi pelajar Malaysia yang pulang dari Amerika Syarikat kelmarin disahkan menghidap jangkitan virus influenza A (H1N1), menjadikan enam kes semuanya sejak Mei lalu.

Daripada jumlah tersebut, dua kes melibatkan dua pelancong Jerman yang disahkan semalam.

Semalam, seorang pelajar Malaysia dari Amerika Syarikat yang pulang 1 Jun lalu diserang virus wabak yang sama dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menurut laman web The Star, mangsa terbaru pulang 3 Jun dari New York melalui penerbangan MH091.

Pada 15 Mei, seorang pelajar lelaki dikesan dan dua hari kemudian  temannya yang mengambil penerbangan yang sama juga dijangkiti virus tersebut.

Sementara itu, ketua pengarah kesihatan dilaporkan berkata 61  orang yang pernah berhubung dengan pesakit selesema A (H1N1) sedang dikuarantin di rumah masing-masing.

Tan Sri Dr Ismail Merican berkata 35 daripada mereka mengambil penerbangan sama dengan pelajar yang pulang 1 Jun, sementara selebihnya yang menaiki pesawat bersama dua pelancong asing tersebut.

AK : Bernama, NST and Sun very slow in showing the growing statistics of infected victim.I wonder whats their purpose?

Leave a comment

Filed under Malaysia News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s