Manohara belum siapkan laporan polis

Manohara whiteJAKARTA – Manohara Odelia Pinot (gambar) iaitu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry masih belum menyiapkan laporan polisnya berhubung dianiayai suami, lapor sebuah akhbar semalam.

Pihak polis di sini masih menunggu kedatangan Manohara untuk menyiapkan laporan itu.

Sebelum ini, model itu dilaporkan sudah datang ke sebuah pejabat polis untuk membuat laporan berkenaan.

Namun, laporan itu gagal disiapkan kerana ibunya, Daisy Fajarina jatuh sakit menyebabkan dia dihantar ke sebuah hospital pada minggu lalu.

Seorang pegawai polis, Abubakar Nataprawira berkata, Manohara, ibunya dan peguam mereka datang ke pejabat polis pada Khamis lalu.

Namun, Daisy tiba-tiba jatuh sakit dan dibawa ke sebuah hospital, katanya.

Mahohara turut meninggalkan pejabat itu dan menghantar ibunya ke hospital.

Pihak polis masih menunggu kedatangan Manohara untuk menyiapkan laporan itu.

“Kita tunggu sehingga hari Jumaat tetapi dia tidak datang,” kata pegawai polis itu.

Menurut akhbar itu, laporan itu boleh digunakan untuk menjalin kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung isu model tersebut.

Manohara mendapat liputan meluas media selepas ibunya mendakwa dia didera oleh suaminya.

Pada 31 Mei lalu, Manohara pulang ke Indonesia dari Singapura ketika beliau berada di negara tersebut bagi menemani suaminya melawat ayahanda putera itu di Hospital Mount Elizabeth. – Agensi

Leave a comment

Filed under Global News, Malaysia News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s