Murut oh! Murut…..

Kerajaan BN: Suku Murut terabai..?

TENOM: Hanya dalam Kerajaan Barisan Nasional (BN) masyarakat suku kaum Murut diSabah tidak ada perlantikan dalam senator. (ie kah?)Sejak Umno berkembang sayapnya di Sabah, Murut seolah-olah hanya jadi pelangkap saja kepada parti yang wujud di negeri ini.

Lebih menyedihkan lagi perlantikan senotor itu hanya dimonopoli oleh parti yang keturunan majoriti yang menjdi ahli dalam parti mereka itu.

Kerajaan BN perlu mengubah mekanisme baru iaitu jangan melihat semata-mata suku kaum yang hanya sentisa hampir dengan penjawat ketua pendbiar kerajaan nombor satu negera saja yang mendapat perhatian,manakala kuam menoriti itu selalu terlepas pendang saja.

Pemimpin yang suka mengampuh itu kalau boleh dalam kepimpinan Datuk Seri Penglima Datuk Najib Tun Razak wajar berhati-hati ,sebalikya, membuat penelitian secara mendalam kerana mungkin orang itu menjadi racun kepada Kerajaan siap tahu,kan kita ini manusia biasa saja.

Murut semakin terpinggir?

 

TENOM: Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Panglima Najib Tun Razak digesa agar melakukan  rombakan kecil dalam kabinetnya dalam masa terdekat dan memasukan seorang pemimpin Murut dalam barisan kabinet baru itu supaya bersesuaian dengan slogan yang diperkenalkan oleh beliau iaitu ‘1Malaysia’. Masyarakat Murut begitu terkilan kerana selama ini tiada seorang pun dari pemimpin Murut dilantik ke dalam kabinet baru Kerajaan yang ada sekarang, sedangkan Murut mempunyai satu kerusi Parlimen dan empat kawasan DUN di Sabah. 

Sebenarnya dua kawasan Parlimen yang berpenduduk majoriti Murut iaitu  Parlimen Pensiangan dan Tenom, bagaimanapun, kawasan Pensiangan tidak lagi diwakili oleh golongan itu selepas Barnard Maraat tidak lagi dicalonkan bertanding semula pada pilihan raya umum ke 12 dan kini Ahli Parlimennya ialah, Tan Sri Joseph Kurup yang berketurunan Kadazandusun.

Demikian juga dengan barisan Kerajaan Negeri Sabah yang di ketuai oleh Datuk Musa Aman dimana tiada seorang  pun dari keturunan Murut   berada dalam kabinet meskipun di kawasan Pedalaman Murut mempunyai empat DUN, iaitu, Nabawan, Sook, Melalap dan Kemabong.

Rombakan kecil kabinet baru-baru ini sepatutnya seorang dari empat DUN itu mendapat tempat dalam kabinet, dan bukannya Datuk Tan Shu Kiah dilantik semula untuk kekalkan fortfolionya, walau pun Tan berpindah dalam Parti Gerakan BN, ini kerana forfolio Menteri itu terbuka kepada kaum lain hanya Jawatan Timbalan Ketua Menteri itu diakui bahawa itu merupakan kuota masyarakat China.

Contoh yang paling dekat ialah Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) layak menadapt tempat dalam kabinet, selain daripada PBS, UMNO dan UPKO

AK : Minta maaflah sia curi article ni dari saudara Haji Wahab Timpai, penulis bebas sabahkini. Saya minat tulisan saudara ni.Nanti kalau ada article yang best di Kinabalukini, I syer with u…

Nota : Kena adil sama Murut juga K.

Leave a comment

Filed under Kadazandusun, Sabah News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s