Putera Raja Kelantan lapor polis tuduhan Manohara

Tengku Temenggong Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap isterinya Manohara Odelia Pinot yang mendakwa putera Sultan Kelantan itu menderanya.

Difahamkan Tengku Muhammad Fakhry Petra hadir bersama peguamnya kira-kira 5.30 petang ini di sebuah balai polis di Kuala Lumpur.

Tengku Temenggong dilaporkan ingin mengambil tindakan undang-undang, termasuk terhadap ibu mertuanya Daisy Fajarina berhubung tuduhan menculik dan mendera Manohara.

manohara odelia pinot body injuries 110609Sekumpulan 40 wartawan sedang menunggu Tengku Muhammad Fakhry di sebuah hotel dekat Menara Berkembar Kuala Lumpur menyelesaikan aduan polisnya berhubung perkara itu.

Selasa minggu lalu, dua hari selepas Manohara melarikan diri ke Jakarta, Tengku Temenggong Kelantan memberikan tempoh tujuh hari kepada isterinya bagi mengemukakan bukti penderaan seperti didakwanya atau bakal menghadapi tindakan undang-undang.

Manohara dan Daisy juga dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kesemua dakwaannya yang dibuatnya sejak hujung April lalu.

Bagaimanapun, setelah tempoh seminggu itu tamat semalam, amaran putera ketiga Sultan Kelantan itu tidak dilayan – malah, foto-foto yang didakwa menunjukkan kesan penderaan terhadap Manohara mula didedahkan kepada media (foto: Detik.com).

Bekas model muda itu, yang digelar Cik Puan Temenggong Kelantan, juga membuat aduan polis terhadap Sultan Kelantan, Raja Perempuan Kelantan dan kenalan suaminya Mohd Soberi Shafii, selain Tengku Muhammad Fakhry sendiri.

AK : Sangat kesian gambar tersebut? Seteruk Pembantu rumah Indonesia

Umur baru 17 tahun adakah benar telah di’binatangkan’?

Leave a comment

Filed under Global News, Malaysia News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s