Pindaan Perlembagaan PKR diluluskan

PKR EGMKongres khas PKR hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu “selepas pengiraan undi yang penuh emosi”.

PKR meminda perlembagaannya bagi menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.

Empat usul lagi ialah mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri.

Pengarah Komunikasi, Jonson Chong, berkata dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan, pindaan itu diterima seperti peruntukan Perkara 31.1 perlembagaan PKR.

Dalam satu kenyataan, 941 perwakilan bersetuju dengan pindaan itu, 103 menentang dan sembilan lagi bersikap berkecuali “selepas pengiraan undi penuh emosi”.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan lebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan ‘pengiraan undi penuh emosi’ itu.

Difahamkam pengiraan undi dijalankan secara angkat tangan. Semua pindaan tidak diundi secara berperingkat, sebaliknya dibuat secara sekaligus.

Cadangan yang dibentangkan naib presiden Sivarasa Rasiah itu diluluskan setelah mendapat sokongan lebih 88 peratus daripada 1,061 perwakilan yang hadir.
terdapat beberapa perwakilan tidak bersetuju dengan beberapa bahagian tertentu dalam cadangan pindaan itu.

Juga difahankan seorang perwakilan menyifatkan pertukaran nama bahagian dan cawangan kepada cabang dan ranting “tidak bersifat progresif”.

Beliau sebaliknya mencadangkan istilah zon dan kawasan. Ucapan itu disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Seorang lagi perwakilan dikatakan meminta cadangan had umur keanggotaan Angkatan Muda PKR diturunkan daripada 40 sehingga 35 tahun ditangguhkan terlebih dahulu kerana ia belum sesuai dilaksanakan lagi buat masa ini.
Jangan bimbang dengan pindaan perlembagaan, kata presiden PKR

Cadangan pindaan perlembagaan PKR telah menimbulkan kegusaran di kalangan penyokong parti itu yang bimbang ia “dirampas kumpulan lawan dan pihak oportunis”, kata Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

pkr egm 130609 wan azizah.jpg“Perubahan ini memang besar dan nampak mendadak. Justeru, saya tidak salahkan tuan-tuan yang mungkin berasa gusar dan bimbang.

“Banyak yang telah diperkatakan, mungkin parti akan dirampas kumpulan lawan dan kumpulan oportunis. Mungkin parti akan hilang agenda perjuangan asal dan banyak lagi,” kata Wan Azizah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam kongres khas parti itu – bagi meminda perlembagaannya – di Bangi pagi ini.

Azizah meminta anggota PKR menerima cadangan itu kerana anggota parti itu membuat pindaan yang lebih besar sebelum ini apabila bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Leave a comment

Filed under Malaysia News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s