Stacy rasa diva


 

Tenaga dan kesungguhan Stacy di atas pentas sememangnya mengagumkan. Gadis kelahiran Sabah ini mampu menari dengan baik dan cantik. Masakan tidak, dia biasanya akan mengikuti kelas tarian sebanyak tiga atau empat kali seminggu dengan durasi empat jam setiap sesi.

“Kalau ada persembahan pula, saya dan rakan-rakan akan berlatih setiap hari termasuk memikirkan teknik-teknik tarian,” katanya.

Stacy kini sedang menyiapkan klip video lagu Pakai Buang yang ditulis oleh Edry KRU.

Stacy dan Adam juga bakal berduet dalam sebuah lagu untuk album runut bunyi filem My Spy, juga terbitan KRU.

Dia yang merupakan juara Akademi Fantasi musim keenam lega dengan kemunculan album perdananya, Aku Stacy. Album sulungnya itu menampilkan tujuh buah lagu dengan lima daripadanya adalah lagu baru. Antara komposer yang terlibat adalah Audi Mok, Kieran Kueak dan Edry KRU.

Album itu telah dilancarkan oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok di Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Mac lalu.

Energi di atas pentas
Tenaga di pentas akan terhasil apabila saya sangat bersemangat. Ia berlaku secara semula jadi terutama bila kita menyukai apa yang kita buat. Di atas pentas, saya rasa diri saya seakan Diva dan akan membuat persembahan dengan penuh semangat. Saya mahu penonton terpegun melihat saya.

STACY mahu sentiasa kelihatan energetik.



 

Pelapis Anita Sarawak
Terima kasih kerana ada orang yang menganggap saya sebagai pelapis Anita Sarawak. Tapi jauh di dalam hati, saya belum layak digelar begitu sebab perjalanan saya masih jauh. Banyak lagi yang saya perlu pelajari dan lalui untuk sampai ke tahap itu. Namun lagu Kak Nita yang paling saya suka adalah Akhirnya dan Ular.

Anugerah Planet Muzik
Sebuah acara penganugerahan besar yang melibatkan tiga buah negara iaitu Singapura, Malaysia dan Indonesia. Saya rasa mahu tercalon pun begitu susah apatah lagi untuk menang. Tapi saya gembira dengan nominasi yang diberikan kepada saya. Kalau ada rezeki, bolehlah menang

Leave a comment

Filed under Kadazandusun, Malaysia News, Sabah News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s