Nizar berstatus ‘Rock Idol politician’ digantung hadiri sidang parlimen

Bubar Perak!Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencetuskan drama lagi sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini – melaungkan “hidup rakyat, bubar DUN”.

Dengan tujuan menarik perhatian ramai berhubung perjuangannya untuk menuntut jawatan menteri besar Perak, yang dirampas BN dalam pertukaran kerajaan pada Februari lalu, laungannya itu disambut pula oleh anggota-anggota Pakatan Rakyat dalam dewan tersebut.

Akibatnya, menteri besar Pakatan Rakyat itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan “berkelakuan kasar”.

nizar jamaluddin sworn in at parliament opposition mps disolve perak state adun headband incident 150609 07Mereka juga didakwa “melanggar etika berpakaian” apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih “Bubar DUN” di ruang persidangan.

Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Mohammad Nizar bersama Nga dan Ngeh – kedua-duanya bekas exco kerajaan Pakatan Perak – antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut dikembalikan kerajaan yang mereka pernah kuasai sejak Mac tahun lalu.

Mohammad Nizar memenangi kerusi parlimen tersebut dalam satu pilihanraya kecil 7 April lepas setelah ia kosong akibat kematian wakil rakyat PAS di situ, Roslan Shaharum.

AK : How BN can win Manik Urai like this?  Rock Star politician will surely pull the crowd one!

4 Comments

Filed under Malaysia News

4 responses to “Nizar berstatus ‘Rock Idol politician’ digantung hadiri sidang parlimen

  1. atasPAGAR

    kadang-kadang tindakan dorang ni (PR) pun keterlaluan la, tiada angin tiada ribut tiba2 mo buat kecoh dlm dewan. My opinion, dlm dewan tdk payah la buat mcm ni, aggressive politic but immature…sorry nizar

  2. Panglimapitas

    Nizarrr…berlagak betul depan rakyat sahaja…

  3. ali

    itu la ba tu..aiyaa..opposition opposition…sedar la sikit

  4. InilahMembakutwho

    tiba-tiba berkelakuan seperti tiada adab di dewan rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s