Polis siasat guru paksa murid lakukan seks oral

Polis hari ini mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan empat murid di sebuah sekolah rendah di Bintulu yang dipaksa melakukan oral seks selain diambil gambar lucah oleh seorang guru lelaki berusia 24 tahun di sekolah terbabit.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Hamza Taib berkata, polis sudah merekodkan kenyataan daripada guru terbabit dan murid terbabit sudah dibawa menjalani pemeriksaan perubatan.

Polis masih menyiasat kes itu dan belum ada sebarang tangkap dibuat setakat ini, katanya, lapor Bernama

“Guru terbabit masih menjalankan tugas seperti biasa…kita hanya akan

melaksanakan tangkapan selepas mendapat arahan daripada timbalan pendakwaraya,” katanya.

Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris setempat hari ini menyebut kejadian itu didakwa berlaku antara 14 Mei dan 15 Mei lalu, membabitkan murid Tahun Dua dan Tahun Empat.

Guru Besar dan warden sekolah terbabit difahamkan membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu, semalam.

Seksual luar tabii

Sementara itu, Pegawai Siasatan Seksual/Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ASP Suraini Hussain berkata jenayah seksual luar tabii, terus meningkat sejak 2006.

Katanya,walaupun kes yang dilaporkan tidak mencapai angka ribuan seperti kes rogol, namun ia dianggap serius kerana yang menjadi mangsa majoritinya adalah remaja bawah 18 tahun.
    
Dalam tempoh 2006 hingga April tahun ini, 716 kes dilaporkan dan 411 daripada mangsa adalah pelajar sekolah dan penuntut kolej.
    
Lebih membimbangkan, katanya,  dalam tempoh  yang sama, terdapat dua kes yang membabitkan jenayah seksual luar tabii terhadap binatang.

Beliau memberitahu Bernama bahawa peningkatan setiap tahun kes  membabitkan jenayah seksual luar tabii adalah serius dan terdapat kes seperti itu yang tidak dilaporkan kerana mangsa merasa malu selain bimbang identiti diketahui.

“Kita takut statistik ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun jika tidak dibendung,” katanya.

Pada tahun  2006, sebanyak 180 kes jenayah seksual luar tabii dilaporkan, meningkat 51 kes pada 2007 menjadikannya 231 kes, dan bertambah 12 kes lagi pada 2008 menjadikan 243 kes.

Leave a comment

Filed under Malaysia News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s