Laporan HKL: Tidak Ada Bukti Saiful Diliwat

SAIFUL BAHARI / SUMPAH(TV Antara) – Laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang diperakukan oleh 3 pakar mengesahkan tidak ada bukti Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwa oleh beliau, kata peguamabela Datuk Sri Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah.

Justeru pihak pembelaan yakin laporan itu bersama bukti- bukti lain akan menunjukkan tuduhan liwat terhadap anwar adalah tidak benar dan rekaan semata- mata.

Bercakap kepada media di satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, peguam Sivarasa dan seorang lagi peguam Anwar, Amir Hamzah Arshad berkata pendakwaraya perlu membuktikan wujudnya penetrasi untuk menyabit kesalahan Anwar Ibrahim.

“Bukti terpenting dalam mana-mana dakwaan rogol atau liwat adalah bukti mengesahkan berlakunya penetrasi. Namun, tidak ada penemuan klinial yang mencadangkan adanya liwat dan tidak ada kesan luka mempertahankan diri pada tubuh pesakit,” kata Amir Hamzah.

Kes ini ditetapkan di dengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Julai nanti.

Sehubungan itu, salinan laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur ini dilampirkan bersama afidavit yang difailkan mantan Timbalan Perdana Menteri itu semalam.

Anwar mengemukakan laporan berserta affidavit itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan dakwaan sodomi itu.

Laporan perubatan ini bertarikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan.

Laporan HKL ini seraya menguatkan lagi laporan awal dari Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) yang turut mengesahkan tidak ada penetrasi keatas tubuh Saiful Bukhari Azlan.

Pada 10 Mac lalu, Anwar mengaku tidak bersalah diatas dakwaan meliwat pembantu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun, tahun lalu.

Dakwaan sodomi ini terbit dikala mantan Timbalan Perdana Menteri itu menghadapi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Amir Hamzah juga berkata pembelaan telah diperincikan dan dirapi dan apa yang perlu sekarang ini hanyalah dokumen-dokumen yang belum diserahkan pihak kerajaan.

Dokumen ini termasuk laporan dari pegawai penyiasat kanan termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV), carta ujian Asid Deoxyribonucleic (DNA), laporan pakar kimia, serta kenyataan dari penuduh.

“Kami mendesak kerajaan untuk segera menyerahkan dokumen-dokumen ini khususnya laporan ujian DNA supaya kita boleh melakukan ujian bebas serta mendapatkan khidmat-nasihat bebas,” kata Amir.

Peguambela memohon kepada mahkamah untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari sebarang dakwaan sodomi atau menangguhkan prosiding sekiranya pihak pendakwaan gagal menyerahkan dokumen- dokumen tersebut.

Leave a comment

Filed under Malaysia News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s