Manohara serah bukti pada polis

Manohara Odelia Pinot menyerahkan foto-foto bahagian badannya yang menunjukkan kesan luka – didakwa akibat didera suaminya, putera Sultan Kelatan – kepada polis Indonesia hari ini.

Manohara & LawyerBekas model muda itu, yang digelar Cik Puan Temenggong Kelantan, hadir bersama ibunya Daisy Fajarina untuk menyerahkan bukti, termasuk “diperkosa kali pertama” Tengku Muhammad Fakhry Petra, lapor akhbar web Detik.com.

Wanita 17 tahun ini tiba di ibu pejabat polis republik itu di Jakarta kira-kira jam 11 pagi waktu Indonesia bersama peguamnya Hotman Paris Hutapea dalam rangka siasatan lanjut kes yang diadukannya, 9 Jun lalu.

Dalam laporan polisnya, Manohara menamakan suaminya, Sultan Kelantan, Raja Perempuan Kelantan dan lima individu lagi berhubung dakwaan mendera dan menculiknya.

“Proses penyidikan (siasatan) hari ini sudah dimulai. Mulai dari awal peristiwa penganiayaan yang diterima oleh Manohara,” Hotman dipetik berkata oleh akhbar terkenal itu.

Peguam itu dilaporkan berkata bukti itu termasuk tiket kapal yang dimiliki Manohara bertarikh 18 November 2007 – tempat yang didakwa insiden pemerkosaan pertama.

Tengku Muhammad Fakhry bagaimanapun menafikan tuduhan isterinya dan Daisy, malah membuat aduan polis di Kuala Lumpur sebagai membalas laporan Manohara terhadapnya.

Tengku Temenggong Kelantan juga merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap isterinya dan ibu mertuanya berhubung dakwaan-dakwaan tersebut.

Sementara itu, seorang lagi peguam Manohara mempertikaikan tindakan seorang penganalisis foto yang mendedahkan beberapa keping gambar yang menunjukkan kesan luka, antaranya, di dada anak guamnya.

Menurut laman web akhbar terkenal Kompas hari ini, Farhat Abbas mengancam akan melaporkan Roy Suryo Notodiprojo – yang didakwanya tidak beretika apabila berbuat demikian – agar dikenakan tindakan.

“Kita akan segera laporkan. Harus ada tindakan hukum kepada Roy,” Farhat dipetik berkata sewaktu mengiringi Manohara di ibu pejabat polis tersebut.

Peguam itu dilaporkan berkata Daisy “sangat berang” dengan tindakan Roy Suryo, juga seorang ahli parlimen Partai Demokrat, mendedahkannya kepada Detik.com, 10 Jun lalu.

Roy Suryo bagaimanapun menganggap kenyataan Farhat itu “seorang peguam yang tidak mengerti undang-undang.”

Leave a comment

Filed under Global News, Malaysia News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s