Sabah Bakal Punyai 6 kerusi DUN baru?

Isu persempadanan semula menjadi isu hangat di antara parti-parti komponen Barisan Nasional mahupun pembangkang di seluruh negara. Menurut sumber yang boleh dipercayai, usul persempadanan akan dibentangkan di parlimen selewat-lewatnya sebelum pilihanraya Umum ke 13 nanti. Bagi negeri Sabah, semua parti komponen Barisan Nasional sibuk membuat perbincangan dan justifikasi kewajaran persempadanan semula di kawasan mereka.

Antara yang hangat diperkatakan ialah kerusi DUN Langkon di Kota Marudu (majoriti masyarakat Dusun Kimaraganag & Rungus), DUN Long Pasia di Sempadan Tenom-Sipitang (Majoriti Masyarakat Murut Lundayeh), kerusi DUN Kuamut II (Majoriti bumiputera Islam Sungei) dan kerusi DUN Batu 6, kawasan Parlimen Kimanis-Papar.

Kemungkinan satu buah kerusi DUN baru bakal diujudkan di daerah Lahad Datu, bagi menempatkan wakil masyarakat Tionghua. Kota Belud juga bakal menyaksikan pertambahan sebuah lagi kerusi DUN disebabkan populasi masyarakat disitu yang kian meningkat. Difahamkan 3 buah Parlimen baru bakal diwujudkan, masing-masing 1 di Bahagian Sandakan, Pantai Barat dan Pedalaman Bawah.

Jika dilihat dari segi kekuatan parti dikawasan tersebut, kemungkinan akan berlaku lobi melobi di antara parti-parti komponen BN disitu.

DUN Batu 6 Papar- antara UPKO dan PBS
DUN Langkon – antara UPKO dan PBS dan PBRS
DUN Long Pasia – antara UPKO,.PBS dan PBRS
DUN Kuamut II – UMNO dan UPKO
DUN baru L.Datu – PBS, MCA dan LDP
DUN baru Kota Belud – UMNO

Manakala DUN dan Parlimen hasil peninggalan SAPP akan juga menjadi rebutan antara pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional. Masing-masing sedang melobi dan menunjukkan kekuatan parti-parti masing-masing.

Parlimen Tawau – PBS dan MCA
Parlimen Sepanggar – UPKO, UMNO,PBRS dan Gerakan
DUN Likas – MCA, Gerakan dan PBS
DUN Luyang – MCA, Gerakan & LDP

Kebiasaannya persempadanan semula akan dibuat setiap 8 tahun sekali dan perlu di bentang di Sidang Khas Parlimen dan dipersetujui 2/3 majoriti dewan. Kali ini, Pakatan Rakyat akan turut memberikan imput kepada persempadanan ini kerana BN tidak mempunyai majoriti 2/3 parlimen.

Sesiapa yang berminat bertanding menjadi Yang Berhormat bolehlah membuat persediaan dari sekarang sehingga tahun 2012! Banyak kosong….macam macam ada

Penulis : Pak Musa Bambangan

Leave a comment

Filed under Malaysia News, Malaysian Election, Sabah News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s