H1N1: Flu burung lebih banyak korban?

Kadar kematian akibat selesema A (H1N1) hanya satu peratus, jauh lebih rendah berbanding kadar 60 peratus bagi wabak selesema burung, kata menteri kesihatan.

Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan itu meminta orang ramai supaya jangan bimbang dengan virus A (H1N1) selagi pesakit yang dijangkiti mendapatkan rawatan dalam tempoh 48 jam, lapor Bernama.

“Jika pesakit mendapatkan rawatan selepas tempoh 48 jam, maka mereka berdepan dengan beberapa risiko walaupun kadar kematian hanya satu peratus,” beliau dipetik berkata hari ini.

Liow juga menggesa media khususnya televisyen agar tidak menggunakan istilah selesema babi tetapi sebaliknya menggunakan istilah influenza A (H1N1), istilah perubatan yang diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Virus ini bukan disebarkan dari khinzir kepada manusia. Pihak media
perlu memberi perhatian kepada istilah tersebut supaya orang ramai tidak keliru,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) meminta masyarakat Islam di negara ini mengadakan solat hajat serta doa tolak bala bagi memohon perlindungan daripada Allah dalam menghadapi wabak ini.

Setiausaha PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, sehubungan
itu, pengurusan masjid serta surau di seluruh negara diminta mengadakan solat hajat di kawasan masing-masing, lapor agensi berita yang sama.

“PUM juga menyarankan agar masjid menggunakan waktu khutbah Jumaat untuk memberi maklumat dan ingatan kepada masyarakat tentang virus influenza A(H1N1) ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Rais ‘berkeras’ unakan Istilah Selesema Babi

(Bernama) — Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mencadangkan supaya semua pengamal media kembali menggunakan istilah selesema babi bagi menggantikan istilah influenza A(H1N1) yang digunakan sekarang.

Rais berkata ini bagi memastikan orang ramai sedar akan bahaya selesema ini dan mesej mengenainya dapat disampaikan dengan lebih tepat kepada mereka.

“Bila dalam Bahasa Melayu pula ada juruhebah yang enggan nak sebut H1N1, jadi kalau selesema babi, kan senang,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Pos Malaysia di sini, Khamis.

Rais juga berkata kementeriannya akan memantau program-program yang menyiarkan iklan-iklan yang berkaitan dengan kesihatan agar tiada kekeliruan mengenai ketepatan mesej serta kefahaman orang ramai mengenai selesema babi.

“Hal yang berkaitan dengan kesihatan kita tidak harus campur aduk dengan gara-gara atau cara-cara iklan yang mengelirukan. Kami akan pantau iklan yang disiarkan di televisyen dan melihatnya dari sudut ketepatan mesej serta fahaman orang,” kata Rais.

Leave a comment

Filed under Malaysia News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s