Michael Jackson dikebumi secara Islam ?

Michael Jackson IslamLOS ANGELES – Raja Pop Michael Jackson akan disemadi dalam majlis pengebumian terbesar sepanjang sejarah dunia hiburan sekali gus mengalahkan pengebumian Elvis Presley dan James Brown, lapor sebuah akhbar semalam.

Berpuluh-puluh ribu peminat dijangka menghadiri majlis itu yang diramal sehebat pengebumian Puteri Diana.

Walaupun pengumuman mengenainya masih belum dibuat, Michael dijangka disemadi mengikut ajaran Islam berdasarkan pengumuman abangnya, Jermaine.

“Semoga Allah sentiasa bersama anda,” kata Jermaine ketika mengumumkan kematian adiknya kelmarin. 

Michael Jackson AbdullahMichael yang mesra dikenali sebagai Jacko sebelum ini seorang penganut mazhab Kristian Jehovah dilapor memeluk Islam dalam satu majlis di kediaman seorang rakannya, Steve Porcaro di Los Angeles hujung tahun lalu yang turut dihadiri penyanyi popular Yusuf Islam dan beberapa rakan lain.

“Seorang imam dipanggil dan Michael kemudian melafazkan dua kalimah syahadah,” kata satu sumber.

Menurutnya, Michael memilih untuk menggunakan nama Mikaeel sempena nama salah satu malaikat dalam Islam.

Penyanyi berusia 50 tahun itu dilapor memeluk Islam setelah menunjukkan minat mendalam terhadap agama suci itu susulan bimbingan pertubuhan Islam utama di Amerika Syarikat, Nation Of Islam (NOI) yang diasaskan olehWallace D. Fard Muhammad pada 1930 selain tunjuk ajar abangnya, Jermaine yang memeluk Islam pada 1989.

“Sekembalinya saya dari Mekah, saya memberikan beberapa buku tentang Islam kepada Michael dan dia banyak bertanya soalan mengenai ajaran tersebut lalu saya berkata kepadanya, Islam adalah indah dan mententeramkan,” kata Jermaine. – Agensi

Leave a comment

Filed under Global News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s