Pemangku Sultan Kelantan: Beri ruang Manohara-Tengku selesai krisis

TM FarisPemangku Raja Kelantan berharap krisis rumahtangga adindanya dengan Manohara Odelia Pinot dapat diselesaikan melalui proses undang-undang dengan adil-adilnya.

“Saya berharap juga mereka berdua diberi ruang secukupnya untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri,” kata Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad hari ini.

Menurut Bernama, kenyataannya dibuat mengikut titah perintah Tengku Muhammad Faris Petra, yang juga Tengku Mahkota
Kelantan, yang dilantik pemangku ayahandanya yang sedang gering.

Istana Kelantan juga mengulangi penegasannya bahawa isu antara Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra dan Manohara sebagai “isu peribadi mereka berdua”.

Abdul Halim turut dipetik berkata isu itu juga tidak sesekali berkaitan
dengan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, pemangku raja Kelantan dan pejabat Sultan Kelantan.

Beliau juga turut memaklumkan bahawa Sultan Kelantan masih dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura dan baginda dalam keadaaan stabil.

Katanya, semua keluarga diraja terdekat berada di republik tersebut.

“Segala aktiviti hiburan di negeri Kelantan khususnya yang berkaitan dengan Pejabat Sultan hendaklah mengambil kira dengan keadaan semasa ini,” Abdul Halim dipetik berkata.

Beliau turut meminta semua pihak berdoa agar Sultan Ismail Petra cepat sembuh dan segala masalah yang berkaitan dengan istana selesai dengan sempurna.

Semalam, Tengku Muhammad Fakhry memberi kata dua kepada Manohara agar pulang ke pangkuannya selewat-lewatnya 2 Julai ini atau beliau akan mengambil tindakan lanjut tanpa merujuk isterinya lagi.

Masalah antara pasangan kerabat diraja ini mula muncul di media hujung April lalu apabila ibu Manohara, Daisy Fajarina, mendakwa anaknya didera dan diculik oleh Tengku Muhammad Fakhry.

Isu tersebut hampir reda seketika sehinggalah Manohara sendiri membuat tuduhan seumpama ibunya apabila melarikan diri ke Jakarta, 1 Jun lalu.

Tengku Muhammad Fakhry selama ini menafikan semua dakwaan isterinya dan ibu mertuanya.

Leave a comment

Filed under Global News, Malaysia News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s