Tengku arah Manohara balik M’sia

Tengku Temenggong Kelantan hari ini mengarahkan isterinya  Manohara Odelia Pinot – yang lari ke Jakarta sejak 1 Jun – supaya kembali ke pangkuannya selewat-lewatnya 2 Julai ini.

Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra mengarah Manohara taat dan kembali ke pangkuannya sebagai suami yang sah di sisi hukum syarak.

manohara odelia pinot tengku fakhry kelantanBeliau juga mengarahkan Manohara menjalankan tanggungjawabnya sebagai isterinya dan tugasnya sebagai Cik Puan Temenggong Kelantan sebagaimana yang diperakui oleh undang-undang.

“Sekiranya isteri saya tidak kembali taat kepada saya sebagaimana arahan yang tersebut di atas selewat-lewatnya pada atau sebelum 2 Julai 2009, maka saya tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan apa jua hak saya yang sah di sini hukum syarak dan undang-undang tanpa merujuk terlebih dahulu kepada isteri saya yang tersebut di atas,” katanya dalam satu kenyataan media khas.

Kenyataan tersebut dikeluarkan melalui firma guaman Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir yang difakskan kepada media petang ini.

Sejak kembali bersama ibunya di republik itu, Manohara melemparkan tuduhan-tuduhan serius terhadap suaminya dan membuat aduan polis, termasuk terhadap Sultan Kelantan dan Raja Perempuan Kelantan.

Cik Puan Temenggong Kelantan juga mula berlakon dalam diri drama untuk televisyen di Indonesia.

Tuduhan-tuduhan itu termasuk mendera dan menculik semuanya dinafikan oleh Tengku Temenggong Kelantan, malah membuat aduan polis balas terhadap Manohara.

Berikut kenyataan penuh Tengku Temenggong Kelantan:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Kepada:
Manohara Odelia Pinot,
Cik Puan Temenggong Kelantan.

tengku fakhry manohara odelia pinot 260609Bahawasanya saya Tengku Muhammad Fakhry ibn Sultan Ismail Petra, Tengku Temenggong Kelantan, suami yang sah kepada Manohara Odelia Pinot, Cik Puan Temenggong Kelantan dengan ini mengarahkan isteri saya yang tersebut di atas kembali taat ke pangkuan saya, iaitu suami beliau yang sah di sisi Hukum Syarak serta menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri saya sebagaimana yang dituntut mengikut Hukum Syarak dan tugas sebagai Cik Puan Temenggong Kelantan sebagaimana yang diperakui oleh Undang-Undang.

Sekiranya isteri saya yang tersebut di atas tidak kembali taat kepada saya sebagaimana arahan yang tersebut di atas selewat-lewatnya pada atau sebelum 2hb Julai 2009, maka saya tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan apa jua hak saya yang sah di sisi Hukum Syarak dan Undang-Undang tanpa merujuk terlebih dahulu kepada isteri saya yang tersebut di atas.

Saya menegaskan bahawa sesungguhnya tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Isteri wajib mematuhi arahan dan perintah suaminya selagi mana ia tidak melanggar Hukum Syarak dan Undang-undang.

Saya telah melantik Tuan Haji Zainul Rijal bin Abu Bakar, Peguam Sharie dari firma Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir yang beralamat di Suite 15-5, Jalan USJ 9/5Q, Subang Business Centre, 47620 UEP Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia bagi mengendalikan kes-kes syariah bagi pihak saya.

Sebarang kemusykilan syariah bolehlah dikemukakan kepada peguam Syarie saya yang tersebut di atas.

Manakala bagi guaman sivil pula saya telah melantik En Mohd Haaziq Pillay dari Tetuan J S Pillay & Mohd Haaziq, Unit B-3A-3, Block B, Megan Avenue 1, 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lujmpur bagi pihak saya.

Sebarang kemusykilan mengenai undang-undang sivil bolehlah kemukakan kepada beliau.

Sekian wassalam.

Yang benar,

(tandatangan)
Tengku Muhammad Fakhry ibn Sultan Ismail Petra,
Tengku Temenggong Kelantan

Leave a comment

Filed under Global News, Malaysia News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s