Etnik Lundayeh memerlukan pengiktirafan kerajaan BN?

Oleh: Jinius Pandakin

SIPITANG: Isu etnik Lundayeh kini semakin mendapat perhatian para pemimpin masyarakat itu sendiri yang mendakwa bahawa meskipun kumpulan itu dianggap minoriti dinegeri ini, namun ia tidak terpinggir dari arus pembangunan perdana khususnya dalam bidang pendidikan, malah ramai golongan muda terpelajar sudahpun bekerja disektor swasta mahupun kerajaan.

Timbalan Presiden Persatuan Lundayeh Sabah Taba Libang 52, berkata demikian ketika ditemui dipejabat beliau untuk mendapatkan ulasan berhubung masa depan suku etnik Lundayeh pada Jumaat.

Beliau sebagai mengulas beberapa kenyataan pemimpin etnik Lundayeh sebelum ini, yang meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) agar satu daripada pemimpin kesukuan itu dilantik kedalam jawatan kerjaan yang bertanggung jawab penyusunan masyarakat itu.

“Kita tidak nafikan ada segelintir etnik ini menyokong pembangkang namun mereka tidak terus terpinggir, malah ketika era kerajaan USNO pun ada berlaku sedemikian, tetapi masyarakat ini akhirnya menyokong kerajaan yang memerintah,” jelas Taba.

Dari segi sumbangan masyarakat Lundayeh dalam aspek ekonomi dan kebudayaan dinegeri ini Taba berkata, masyarakat ini telah berjaya menonjolkan pelbagai seniukiran yang tidak kurang hebatnya sehingga mampu menggamit minat pelancong asing setiap kali kedatangan mereka.

Malahan, para pelancong turut terpukau dengan seni alat bunyi bunyian musik teradisional khususnya tiupan seruling bambo yang mampu mengulit banyak irama yang menarik, kata Taba lagi.

Ketika menceritakan peranan penting yang dianugerahkan oleh kerajaan USNO dahulu kepada suku Lundayeh Taba berkata, OKK Mulok Bangau dari suku Lundayeh merupakan pemimpin pertama kesukuan itu mendapat pengiktirafan kerajaan sebagai pemimpin mereka dalam kerajaan ketika itu.

“ Bagaimana pun selepas itu..ia terlepas begitu sahaja tanpa pengganti mahupun susulan…dan inilah yang berulangkali dituntut masyarakat ini,” jelasnya lagi.

Ketika ditanya berhubung cadangan beberapa pemimpin Lundayeh yang mengatakan bahawa teori masyarakat ‘orang asli’ di Semenanjung merupakan formula terbaik yang harus diikuti untuk penyusunan masyarakat Lundayeh diSabah Taba berkata:

“ Teori itu tidak perlu di Sabah kerana cara penyusunan masyarakat Lundayeh di Sabah memadailah jika kerajaan mempertimbangkan jawatan jawatan kepada etnik ini seperti Setiausaha Politik atau jawatan Pengerusi Lembaga badan badan berkanun untuk membantu menaiktaraf dan menyusun semula masayarkat ini.” Kata beliau.

Dalam pada itu, Taba mengajak masyarakat Lundayeh supaya menyokong penuh tanpa berbelah bahagi kepada kerajaan BN demi kesejahteraan kesukuan mereka.

3 Comments

Filed under Kadazandusun, Malaysia News, Sabah News, UPKO

3 responses to “Etnik Lundayeh memerlukan pengiktirafan kerajaan BN?

  1. haha

    Hola to all sabahan..

    Ngam la itu .. semua kaum wajib dgn pembelaan,tolong sama tolng.. ini tidak.. dia pigi tolong pulak tu brg pilak and bugis.. bagi i.c,,jambatan rumah pun bagi batu.. habislah… Tapi apa apa pun sia dgr gadi gadi lundayeh lawa lawa ne.. hehe.. jum turun sipitang Pesta Gata 2009 nanti.. JUMpa di disana….

  2. Kg Cina Mesapol

    Yang marilah beramai ramai pi Pesta Gata Sipitang…Yang penting 1 padu harmoni dan Sejahtera…Bermula dari 30,31 July hingga 01,02 August 2009….Aga tah kita kamai maramaikan laie acaaa bisia….Ugi mun ko inda kamaie….kan meliat dangan….ahak!!!

  3. ali

    bersabar masyarakat Lundayeh..BN akan tolong kamu bah….sb barisan nasional is the best….go go BN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s