Upko menebar jala ke Perak

Kinabalu FlagTAPAH: Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) menerima sokongan masyarakat Orang Asli dengan tertubuhnya empat Bahagian Upko di Perak kelmarin.

Presiden Upko, Tan Sri Bernard Dompok menyifatkan penubuhan Bahagian Upko di Perak yang dianggotai oleh masyarakat pribumi Orang Asli sebagai lonjakan perjuangan parti Upko yang selama ini lantang memperjuangkan isu-isu yang menjadi keprihatinan utama rakyat di negara ini.“Pasokmomogun ialah istilah dalam bahasa Kadazandusun yang bermaksud masyarakat anak negeri atau pribumi.”

“Justeru, penyertaan masyarakat Orang Asli ke dalam Upko sememangnya sangat bertepatan kerana parti ini merupakan wadah terbaik untuk mereka menyuarakan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat ini,” ujar Dom-pok semasa melancarkan keempat-empat Ba-hagian Upko tersebut di Dewan Bandaran Tapah. Bahagian Upko yang dilancarkan tersebut ialah Tanjung Malim, Tapah, Gopeng dan Parit.

Upko kini mempunyai 101,081 ahli di seluruh negara termasuk Bahagian di Shah Alam selain mendapat keahlian di Johor Baharu dan Pasir Gudang yang turut meliputi penyertaan daripada kaum-kaum yang lain seperti Cina, India dan Iban.Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia menyatakan bahawa parti Upko telah terbukti memperjuangkan hak-hak dan kepentingan masyarakat Pasokmomogun di Sabah.

Bernard Dompok“Tapi sebagai sebuah parti politik yang prihatin, maka Upko juga telah mengambil pendirian yang tegas di dalam isu-isu rakyat di peringkat nasional, termasuklah masalah yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli,” ujar Dompok.

“Perdana Menteri telah mengumumkan Key Result Area (KRA) dan prestasi semasa kerajaan bersempena dengan 100 hari beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Beliau juga telah menerangkan dengan lebih mendalam konsep kepimpinan beliau, iaitu “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”

“Pelancaran empat Bahagian Upko di Perak pada hari ini merupakan sumbangan kita kepada usaha ke arah Satu Malaysia kerana kita mahu membawa suara dan aspirasi masyarakat pribumi di seluruh negara ke dalam arus pembangunan perdana nasional,” ujar Dompok.

Dompok, yang juga merupakan Ahli Parli-men Penampang menyatakan keyakinan bahawa parti Upko akan memainkan peranan yang lebih signifikan dengan penubuhan Bahagiannya di seluruh negara.

Sementara itu, Ketua Upko Bahagian Tanjung Malim, Suki Mee menyatakan harapan supaya suara masyarakat Orang Asli dapat dibela melalui parti Upko. “Selama ini, masyarakat kita menyertai pelbagai parti politik, termasuk parti pembangkang, tetapi tidak mampu memperjuangkan isu-isu berkaitan kepentingan kaum kami.”

“Justeru, kami menyetai Upko kerana percaya dan yakin dengan perjuangan parti ini di dalam membela kepentingan semua kaum, khususnya masyarakat pribumi di negeri ini,” ujar Suki Mee.

Turut hadir di dalam majlis pelancaran Upko ini ialah Tuan Zainal Fadzi bin Haji Paharuddin, Exco Kerajaan Negeri Perak, Dato’ M. Sarava-nan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, Tim-balan Presiden dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi Upko.

2 Comments

Filed under Kadazandusun, Malaysia News, Sabah News, UPKO

2 responses to “Upko menebar jala ke Perak

  1. haha

    nah..ngan la tuh Datukk.. di sabah ne punya la susah.. di tolong lagi disana..tpi x pa la.. yg penting sabahan ne pemurah..huhuhuhhuhu..

  2. ali

    yaa betull…memang pemurah orang sabah ni semua..kalau tiada org mau tlg..siapa lagi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s