Manohara, Daisy disaman RM105j

Oleh WAZIHA WAHID dan MOHD. LUQMAN HAKIM AB RAHIM


SAAT-SAAT bahagia Tengku Muhammad Fakhry dan Manohara selepas penikahan mereka di Istana Negeri, Kubang Kerian Ogos 2008.


 

 



 


 

KUALA LUMPUR – Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra mengemukakan saman dan menuntut ganti rugi sebanyak RM105 juta daripada isteri Manohara Odelia Pinot dan ibu mentua Daisy Fajarina (gambar kecil) kerana didakwa memfitnah dan merosakkan reputasi beliau dan keluarganya.

Writ saman itu difailkan peguamnya, Mohd. Haaziq Pillay di kaunter pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada pukul 9.20 pagi semalam.

Tengku Muhammad Fakhry, 31, selaku plaintif kes tersebut tidak hadir ke mahkamah.

Dalam pernyataan saman itu, Daisy dinamakan defendan pertama dan Manohara, 17, yang digelar Cik Puan Temenggong defendan kedua.

Plaintif dan defendan kedua berkahwin pada 26 Ogos 2008 dan tinggal bersama di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan. Namun selepas sembilan bulan berkahwin, defendan kedua didakwa pulang ke Indonesia tanpa kebenaran suami.

Di Indonesia, defendan kedua dan pertama didakwa mengadakan sidang akhbar bertujuan memfitnah dan memburukkan reputasi plaintif.

Kesemua sidang akhbar antara April dan Jun 2009 yang diadakan kedua-dua defendan itu didakwa mengeluarkan kata-kata umpatan dan fitnah yang kemudian diterbitkan oleh akhbar-akhbar di Indonesia dan di Malaysia.

Perkataan-perkataan yang dikeluarkan defendan didakwa merujuk plaintif sebagai menyeksa, mendera secara seksual, menculik dan mengurung secara paksa serta menghentikan perhubungan antara defendan kedua dan pertama.

“Defendan-defendan melafazkan perkataan-perkataan tersebut dengan didorong oleh keuntungan kewangan,” jelas pernyataan plaintif.

Leave a comment

Filed under Global News, Malaysia News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s