Minum arak: Model Indonesia didenda, dirotan 100 kali di Malaysia?

Minum arak: Model didenda, disebat

 

Kartika ketika dijatuhi hukuman denda dan sebat kerana minum arak di Mahkamah
Tinggi Syariah Kuantan semalam.

 

KUANTAN – Rupanya cuma disebat 6 kali.Seorang model pelancongan dijatuhi hukuman maksimum iaitu denda RM5,000 dan enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas dia mengaku bersalah meminum arak di Hotel Legend Cherating di sini tahun lalu.

Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas menolak rayuan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang memohon dikecualikan daripada hukuman sebat, denda minimum dan tidak dipenjarakan.

Tertuduh dalam rayuannya memberi alasan ia boleh menjejaskan masa depannya.

Hakim Abdul Rahman dalam penghakimannya berkata, hukuman yang selaras dengan undang-undang harus dijatuhkan bagi menginsafkan tertuduh supaya orang ramai turut sama menjauhi arak.

“Hukuman diberikan untuk menghindar orang lain daripada meminum arak yang jelas (menjadi) ibu kepada kesalahan. Apabila minum arak, ia akan menyebabkan seseorang itu hilang akal dan melakukan pelbagai kesalahan,” katanya.

I have no comment on Syariah Law. Except that she could also be put in a rehab centre or counselling session first. I guess?

4 Comments

Filed under Global News, Malaysia News

4 responses to “Minum arak: Model Indonesia didenda, dirotan 100 kali di Malaysia?

  1. the punisment is stipulated in the Quran and Hadith.

  2. Muslim_ASIA

    Hilarious & Humorous News. Does caning teaches repent? Islam teaches that in marriage the husband is a Khalifah.. He who guides the family and teaches the right from wrong. There is no perfect being in this world. They should have requests the husband to punish her sins. In civil court rulings, there is such a thing as first time offender or repeat offenders of either which has different penalties or severities. Caught for drinking in hotel lobby – WHIP… What abt drink driving? Is the matter going to be deal in civil or syariah court? Destroying one’s life is also considered a sin in the eyes of Allah the Almighty.

  3. Justice Of Peace

    Teruskan hukuman jangan dipermain hukum syariah. Di akhirat hanya amalan yang menentukan nasib seseorang. Tiada rayuan lagi. Apakah erti rayuan setelah dijatuh hukuman? Ini hukum Syariah Kuantan maka harus diperluaskan di seluruh Malaysia supaya seluruh umat Islam Malaysia insaf. Jangan kamu meminum, membeli, menjual dan memberi arak kerana itu perbuatan Syaitan. Tetapi alkohol ini adalah halal jika digunakan di hospital atas sebab untuk kesihatan. Alkohol yang diminum ertinya haram, tetapi alkohol diguna untuk perubatan adalah halal. Renungkanlah.

  4. ASIA_MUSLIM

    Hukuman ini tidak patut dilaksanakan sebab takut nanti perkara ini akan mengeluarkan pemandangan atau “ideology” yang buruk bagi umat atas sebab pesalah akan mendapat persepsi bahawa dosa akan dapat dihapuskan di dunia ini. Bayangkan, ramai akan terdesak-desak mahu disebat berdasarkan dosanya sewaktu dahulu dan sudah terbuka hati untuk menginsafkan diri. Anggaran idealogi ini boleh merosakkan pemahaman Islam dimana setiap yang haram harus dihukum jika tertangkap. Minum Arak – Sebat , Makan Babi – ???, Tinggalkan Solat -??? Tidak membayar zakat – $$$…… Ringgan2 dating – ??? Tengok cerita lucah – ????

    Pada sesiapa yang melakukan perkara tersebut bila insaf di suatu hari nanti akan mengaku bersalah di mahkhamah ibarat agama keristien dimana setiap dosanya diceritakan pada paderi.
    Renungkanlah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s