Sairin : Semua kerusi baru Kadazandusun Murut Pedalaman milik Parti Melayu?

Sairin Karno UMNO Islam MelayuKENINGAU: Ketua Umno Bahagian Keningau Datuk Haji Sairin Haji Karno berkata, pengwujudan kawasan baru pilihan raya di kawasan pedalaman telah dirangka bagi memberi ruang kepada Umno mendapat kuota sekurang-kurangnya satu kerusi dalam satu kawasan Parlimen pada pilihan raya akan datang.

Bagi kawasan Parlimen Keningau yang kini mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Liawan, DUNN Bingkor dan DUN Tambunan akan dipecahkan kepada dua kawasan Parlimen.

“Kita telah mencadangkan Parlimen Keningau kekal dan mempunyai tiga kawasan DUN iaitu Liawan, Bingkor dan Apin-Apin,” katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Keningau di dewan masyarakat di sini pada Sabtu.

Hadir sama di majlis perasmian gabungan tiga pergerakan Umno Bahagian itu Ketua Pergerakan Wanita Umno Keningau, Amelia Ajun; Ketua Pergerakan Pemuda yang juga Ketua Pemudan Umno Sabah, Azman Hj. Ruslan dan Ketua Puteri, Junaidah Sapli.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Pensiangan Zaiton OKK Anik, Ketua Pemuda Umno Kudat Sharif Sahar Sharif Andeng dan Ketua Puteri Umno Pensiangan Norhafizah Muhamin masing-masing menjadi pemerhati dari Umno Negeri ketiga-ketiga pergerakan itu.

Sairin yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Liawan berkata, kawasan DUN Tambunan dicadang menjadi kawasan Parlimen Tambunan dan dua kawasan DUN telah dicadang.

Katanya, pengwujudan kawasan baru DUN di kawasan Parlimen Pensiangan juga telah dicadang.

“Jika cadangan itu diluluskankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) maka kawasan Parlimen Pensiangan akan mempunyai satu lagi kawasan DUN baru yang dicadang iaitu DUN Pegalan dan mengekal dua kawasan DUN sedia ada iaitu Sook dan Nabawan” katanya.

Beliau berkata, apabila DUN baru itu diwujudkan nanti, Umnno Pensiangan boleh mendapat kouta kerusi pada pilihanraya akan datang.

Tambahnya, pengwujudan kawasan baru sama ada Parlimen dan DUN dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya penting bagi membolehkan Umno yang menjadi tukang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) mendapat sekurang-kurangnya satu kerusi bagi satu kawasan Parlimen.

Pada masa ini katanya, Parlimen Pensiangan mempunyai dua kawasan DUN iaitu Sook dan Nabawan di kerusi Parlimennya diberikan kepada diberikan kepada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan kerusi DUN Sook juga milik PBRS manakala DUN Nabawan diberikan kepada UPKO.

Sairin yakin jika satu lagi kawasan DUN diwujudkan di kawasan Parlimen ini ia boleh diberikan kepada Umno.

“Begitu juga jika kawasan Parlimen Tambunan dapat diwujudkan mungkin Umno boleh memiliki salah satu daripada kerusi DUN yang bakal diwujudkan,” kata Sairin.

PASTIKAN UMNO KUAT

20th July, 2009TUARAN : Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin dan ahli-ahli parti di negeri ini untuk terus memastikan Umno Sabah benar-benar kuat dan mantap serta disegani oleh rakan dan lawan – Musa Aman.

 

4 Comments

Filed under Kadazandusun, Malaysia News, Malaysian Election, Sabah News, UMNO

4 responses to “Sairin : Semua kerusi baru Kadazandusun Murut Pedalaman milik Parti Melayu?

  1. ali

    Title tu bah, lain juga. Milik parti melayu konon? Harus di ingat, UMNO sabah berbeza dgn UMNO s’nanjung. Ahli/ajk umno sabah ada yg bukan muslim malah berbilang bangsa. UMNO sabah di anggotai oleh kaum bumiputera sabah bukan Melayu…Original Melayu tu cuma di semenanjung saja. Apa salahnya kalau UMNO dapat lebih kerusi di sabah ni sebab memang parti UMNO merupakan tunjang pada BN. Salah kah?

  2. Joseph

    Jgn lupa, UMNO tu parti politik asal s’mnanjung. Mcm mana pn ahli2nya kna dgr arahan ‘boss’ diorng d s’mnanjng. Kita sbg Sabahan kna m’perthankn parti asal dr negeri kita, supaya kita dpt lgi m’nentukan nasib negeri & rakyat kita tnpa campur tgn ‘org luar’. Sjk Malaysia d’bentukan, x tau brp uda hasil2 Sabah dikorek olh org luar, ni dpt d’tnjkan drp thp p’bgnan antr Sabah & negeri2 s’mnjung. Tgo brp kuat negeri Sarawak, ini d’sbbkn drp diorg ckup b’satu x bnr koponen parti BN dr s’mnjung masuk ke negeri diorg.

  3. ali

    kalau menaip boleh jangan pakai shot-form ka? telampau malas mo menaip ka apa ni? cakap berapi-api mo berjuang untuk sabah konon perjuangan tulisan sendiri pun tidak lepas

  4. Joseph

    suka hati la. tidak macam ko, sukung parti semanjung… Ko ni orang Sabah kah? Angkat kaki parti ‘import’? Kalau dapat jamin Presiden UMNO dan PM tu adalah orang Sabah, baru tidak salah. Ataupun tunggu UMNO tukar nama dulu, baru la tidak salah (dari United Malays National Organisation–> United Malaysian National Organisation).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s