Perselisihan Pakatan di Selangor gugat Permatang Pasir?

KUALA LUMPUR, 13 Ogos -Perselisihan melibatkan parti-parti komponen Pakatan Rakyat di Selangor berhubung peraturan penjualan arak tidak akan menjejaskan sentimen penyokong PAS dan rakan Pakatan lain dalam menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pasir tidak lama lagi, tegas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man.?

Kekecohan yang berlaku melibatkan pertikaian peraturan penjualan arak di Selangor dua tiga hari ini tidak menggugat kekuatan PAS di Permatang Pasir, kerana momentum sokongan rakyat kepada pembangkang masih kuat,? tegasnya.

Perselisihan antara dua exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang juga pesuruhjaya PAS Selangor dengan Ronnie Liu, seorang pemimpin pusat DAP berlanjutan selama lebih seminggu tetapi dilihat telah selesai berikutan satu pertemuan pemimpin-pemimpin Pakatan di Petaling Jaya sebentar tadi.

Tambah Mohd Salleh lagi, tugas yang dijalankan Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman sebagai wakil rakyat kawasan itu memberi sumbangan besar dalam mengukuhkan sokongan rakyat kepada PAS.

?Selama YB Hamdan bertugas sebagai Adun, tidak pernah timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk Permatang Pasir. Inilah kekuatan yang ditinggalkan kepada PAS untuk bertanding di Permatang Pasir,? kata Mohd Salleh.

Pesuruhjaya negeri ini juga menegaskan persiapan PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pasir kini berada pada peringkat terakhir dan bilik-bilik gerakan sudahpun dibuka.

Permatang Pasir yang terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh ialah satu-satunya kawasan dimenangi PAS dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP.

Mohd Hamdan memenangi Permatang Pasir dengan majoriti 3,154 undi pada pilihan raya 1999 dan memperolehi majoriti yang meningkat 5,571 undi pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008.

Pilihan raya kecil Permatang Pasir diadakan berikutan kematian Mohd Hamdan 31 Julai lalu di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.

PAS dilihat mampu mengekalkan kemenangan berdasarkan prestasi ditunjukkan dalam dua pilihan raya umum yang lepas. – azm

Leave a comment

Filed under Malaysia News, Malaysian Election

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s