Pemuda PBS Matunggong tepis tuntutan UMNO

MATUNGGONG: Ketiga-tiga kerusi pilihan raya di Kota Marudu sudah dipegang oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) sejak ditubuhkan dan adalah mengeruhkan keadaan sekiranya ada parti komponen Barisan Nasional (BN) cuba meminta salah satu kerusi itu.

Ketua Pemuda PBS Matunggong, Marius Masain berkata baik ketika berada dalam pembangkang mahupun kerajaan, rakyat di kawasan Kota Marudu tidak pernah sekalipun mengabaikan mandat mereka untuk meletakkan PBS sebagai wakil di ketiga-tiga kawasan itu.

“Justeru tiada sebab mengapa suara rakyat perlu dinafikan untuk meminta PBS mewakili kawasan-kawasan ini hanya kerana ada parti komponen yang mahu mendapatkan bahagian kerusi.

“Dasar pembahagian kerusi sudah dikompromikan ketika penyertaan semula PBS ke dalam BN dan adalah tidak bijak sekiranya dasar itu mahu diubah sesuka hati hanya kerana mahu melayan permintaan pihak tertentu,” kata Marius.

Marius berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Pemuda PBS Bahagian Matunggong sempena mesyuarat agung bahagian berkenaan pada Khamis yang telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden PBS, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Tiga kerusi yang dimaksudkan Marius ialah kawasan Parlimen Kota Marudu, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek dan DUN Matunggong. Kesemua kerusi ini diwakili PBS.

Kenyataan Marius itu merujuk kepada ucapan Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, Wetrom Bahanda @ Mohd Fikri yang memohon kepada Perhubungan Umno Negeri dan Pusat agar memberikan salah satu kerusi berkenaan kepada Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Marius lagi, kenyataan Wetrom yang turut tersiar di sebuah akhbar tempatan boleh melemahkan kekuatan BN dan bercanggah dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kenyataan itu boleh melemahkan kerjasama yang baik dalam semangat sesama parti komponen BN dan pucuk pimpinan BN perlu melihat perkara itu secara serius dan kalau boleh pihak yang menimbulkan percanggahan perlu dikenakan tindakan disiplin,” kata Marius.

Dalam mesyuarat itu, Pemuda PBS Matunggong meluluskan usul agar Dr Maximus terus dicalonkan bagi kerusi Parlimen Kota Marudu pada pilihan raya umum akan datang.

 

3 Comments

Filed under Kadazandusun, Malaysia News, Sabah News, UMNO

3 responses to “Pemuda PBS Matunggong tepis tuntutan UMNO

  1. lee

    Jangan terperangkap!

    UMNO sudah terhimpit di semananjung dan sedang memperluaskan “jajahannya” di sabah supaya boleh terus hidup. Cuba fikirkan and dengar-dengar lah…. orang orang kampung di paitan hilang tanah meraka yang sudah berpuluh tahun tinggal di sana;

    jangan gadaikan maruah kita !

  2. Milau Momogun

    UMNO perlu cermin diri sebelum menuntut kerusi2 yg di miliki oleh PBS. PBS adalah satu2 nya parti tempatan yg berjuang untuk semua kaum. Bukan berjuang untuk sesuatu bangsa sahaja.PBS juga telah banyak menyumbang kemenangan calon2 UMNO.

  3. Joseph

    Otopot kopio……. Hanya PBS yang berjuang untuk semua kaum, ia adalah parti yang paling layak menyatukan semua orang Sabah. UMNO? Mau korek hasil kekayaan dari Sabah saja, SYAITAN betul!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s