Tag Archives: Pahang

Minum arak: Model Indonesia didenda, dirotan 100 kali di Malaysia?

Minum arak: Model didenda, disebat

 

Kartika ketika dijatuhi hukuman denda dan sebat kerana minum arak di Mahkamah
Tinggi Syariah Kuantan semalam.

 

KUANTAN – Rupanya cuma disebat 6 kali.Seorang model pelancongan dijatuhi hukuman maksimum iaitu denda RM5,000 dan enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas dia mengaku bersalah meminum arak di Hotel Legend Cherating di sini tahun lalu.

Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas menolak rayuan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang memohon dikecualikan daripada hukuman sebat, denda minimum dan tidak dipenjarakan.

Tertuduh dalam rayuannya memberi alasan ia boleh menjejaskan masa depannya.

Hakim Abdul Rahman dalam penghakimannya berkata, hukuman yang selaras dengan undang-undang harus dijatuhkan bagi menginsafkan tertuduh supaya orang ramai turut sama menjauhi arak.

“Hukuman diberikan untuk menghindar orang lain daripada meminum arak yang jelas (menjadi) ibu kepada kesalahan. Apabila minum arak, ia akan menyebabkan seseorang itu hilang akal dan melakukan pelbagai kesalahan,” katanya.

I have no comment on Syariah Law. Except that she could also be put in a rehab centre or counselling session first. I guess?

Advertisements

4 Comments

Filed under Global News, Malaysia News