Tag Archives: PBS

Pemuda PBS Matunggong tepis tuntutan UMNO

MATUNGGONG: Ketiga-tiga kerusi pilihan raya di Kota Marudu sudah dipegang oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) sejak ditubuhkan dan adalah mengeruhkan keadaan sekiranya ada parti komponen Barisan Nasional (BN) cuba meminta salah satu kerusi itu.

Ketua Pemuda PBS Matunggong, Marius Masain berkata baik ketika berada dalam pembangkang mahupun kerajaan, rakyat di kawasan Kota Marudu tidak pernah sekalipun mengabaikan mandat mereka untuk meletakkan PBS sebagai wakil di ketiga-tiga kawasan itu.

“Justeru tiada sebab mengapa suara rakyat perlu dinafikan untuk meminta PBS mewakili kawasan-kawasan ini hanya kerana ada parti komponen yang mahu mendapatkan bahagian kerusi.

“Dasar pembahagian kerusi sudah dikompromikan ketika penyertaan semula PBS ke dalam BN dan adalah tidak bijak sekiranya dasar itu mahu diubah sesuka hati hanya kerana mahu melayan permintaan pihak tertentu,” kata Marius.

Marius berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Pemuda PBS Bahagian Matunggong sempena mesyuarat agung bahagian berkenaan pada Khamis yang telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden PBS, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Tiga kerusi yang dimaksudkan Marius ialah kawasan Parlimen Kota Marudu, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek dan DUN Matunggong. Kesemua kerusi ini diwakili PBS.

Kenyataan Marius itu merujuk kepada ucapan Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, Wetrom Bahanda @ Mohd Fikri yang memohon kepada Perhubungan Umno Negeri dan Pusat agar memberikan salah satu kerusi berkenaan kepada Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Marius lagi, kenyataan Wetrom yang turut tersiar di sebuah akhbar tempatan boleh melemahkan kekuatan BN dan bercanggah dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kenyataan itu boleh melemahkan kerjasama yang baik dalam semangat sesama parti komponen BN dan pucuk pimpinan BN perlu melihat perkara itu secara serius dan kalau boleh pihak yang menimbulkan percanggahan perlu dikenakan tindakan disiplin,” kata Marius.

Dalam mesyuarat itu, Pemuda PBS Matunggong meluluskan usul agar Dr Maximus terus dicalonkan bagi kerusi Parlimen Kota Marudu pada pilihan raya umum akan datang.

 

Advertisements

3 Comments

Filed under Kadazandusun, Malaysia News, Sabah News, UMNO

UMNO, Kalah di kawasan Melayu beralih ke kerusi Kadazan?

muhibbahParti komponen dari Barisan Nasional sibuk melobi kerusi-kerusi baru yang bakal dibentuk melalui persempadanan semula. Ada juga yang melobi-lobi kerusi yang ditinggalkan oleh parti SAPP. Namun yang memeranjatkan kita ialah parti Melayu UMNO yang terang-terang bersifat ‘Ketuanan Melayu’  berani mengusulkan mahu semua kerusi pemimpin Kadazandusun.  Ada yang mahu YB Maximus Ongkili berundur. Kalau pemimpin UMNO Sabah sendiri biadap dengan pemimpin UPKO, PBS dan komponen lain, apa lagi sifat biadap mereka kepada rakyat?

Saya rasa tidak sesuailah UMNO Sabah menyalak pada pokok kerana terdapat 3 parti komponen lain yang berasaskan Kadazandusun murut. Senario sekarang berbeza dengan tahun sebelun 2000, kerana nampak sangat kekosongan suara Kadazandusun  selepas PBS meninggalkan Barisan Nasional pada 1990. Kini PBS telah kembali dalam BN, pemimpin “Kadazandusun” UMNO Sabah pun bagai cacing kepanasan mencari lobang. Ada yang mengancam nak masuk PKR! Ada yang nak sabotaj parti komponen lain waktu pilihanraya PRU-12 dulu.

Presepsi pengundi sekarang ialah UMNO ini parti tamak, sudah tidak diguna pakai oleh orang-orang Melayu di Semenanjung Malaysia jika diukur dari setiap kekalahan demi kekalahan bertalu-talu parti itu melalui beberapa pilihan raya kecil. Oleh itu, nasihat saya, UMNO ukur baju di badan sendiri dulu….sebelum menggugat parti Kadazandusun Murut lain.

Wasallam.

Taragang Rasuk.

1 Comment

Filed under Kadazandusun, Malaysia News, Sabah News, UMNO, UPKO

UMNO usulkan kerusi Kadazandusun serah kepadanya

UMNO logoKOTA MARUDU: Mesyuarat Umno Bahagian ini turut membentangkan usul yang mahukan satu kerusi diberikan kepada Umno dalam pilihan raya ke-13 akan datang.

Usul ini adalah kesinambungan usul yang sama dikemukakan oleh tiga sayap pergerakan itu iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri sebelum ini.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Baintin Adun @ Abdul Halim yang membentangkan usul itu meminta Perhubungan Negeri dan Pusat mengambil tindakan lanjut disebabkan pada kempen pilihan raya lepas penyandang kerusi Parlimen Kota Marudu yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Maximus J. Ongkili memohon dalam kempennya supaya para pengundi memilihnya untuk kali terakhir.

Maximus sadIni katanya membayangkan pada pilihan raya akan datang Maximus tidak lagi mempertahankan kerusinya.

Usul yang dibentangkan oleh Baintin itu mendapat tepukan gemuruh oleh 408 perwakilan tidak termasuk pemerhati menyokong usul berkenaan yang diadakan di Dewan Komuniti dekat sini baru-baru ini.

Dalam ucapan aluan-alunya Ketua Umno Bahagian Kota Marudu Wetrom Bahanda @ Mohd. Fikri memohon Perhubungan Umno Negeri dan Pusat agar kerusi berkenaan diberikan kepada parti Umno.

Ini katanya, Umno Kota Marudu telah membuktikan kerjasama yang padu dan kemenangan besar yang dicapai oleh calon-calon Barisan Nasional yang semuanya dari Parti Bersatu Sabah PBS (DUN Matunggong Sarapin Magana, DUN Tandek, Anita Baranting@ Lasiah dan Parlimen Kota Marudu Datuk Dr. Maximus J. Ongkili ).

“Kami yakin kemenangan majoriti Umno dalam Barisan Nasional akan tercapai jika kita diberi kepercayaan menjadi calon dalam pilihan raya akan datang dan parti komponen yang lain juga hendaklah bekerjasama seperti mana yang telah Umno lakukan sebelum ini,” tegasnya.

Mesyuarat kali ini memilih tujuh wakil Bahagian Kota Marudu ke Perhimpunan Agung Umno Pusat. Mereka terdiri dari Mohd. Faizal Datuk Saidi, Lorence Haji Madina, Rahim Omar, Hussin Oyong, Jonan Gaul, Sodil Ebin @Abdul Rahman, manakala calon ketujuh Hassnal Haji Omar mempunyai persamaan undi dengan Sukimi Soyoh sebanyak 74 undi.

Bagaimanapun Pengerusi Tetap Persidangan Ismarah Madcassar membuat pengundian yang menyebelahi Hassnal menduduki tempat yang ketujuh

Pemerhati dari Perhubungan Negeri kali ini Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Mohd. Yassin

4 Comments

Filed under Kadazandusun, Sabah News, UMNO