Tag Archives: Philip Lasimbang

TAKLIMAT PENANAMAN KOKO, GETAH & LADA

 Taklimat penanaman Koko, getah dan lada telah diadakan oleh Pergerakan Pemuda UPKO Pusat bertempat di Dewan Perpustakaan Donggongon, Penampang baru-baru ini. Taklimat ini telah dirasmikan oleh Encik Philip Lasimbang iaitu Setiausaha Politik, Kementerian Perusahaan Perladangan, Komoditi Malaysia

 Ketibaan YBhg Philip Lasimbang Disambut Arthur Sen 5.10

Penceramah :

  1. Encik Ramlee Kassim,      Pegawai Lembaga Koko Pantai Barat & Pedalaman
  2. Encik Gilbert Goon,        Pegawai Kanan, Lembaga Lada (Sarawak)
  3. Encik Zaini Ithnin,          CEO Forest Plantation Development 

 Lebih 150 peserta bumiputera Sabah telah mengikuti taklimat ini.

 Ketua pergerakan pemuda UPKO pusat, Encik Arthur telah menegaskan bahawa teras keusahawanan adalah teras kepada perjuangan pemuda, untuk menambahkan pendapatan ekonomi pemuda.Beliau turut memberi nasihat pada para peserta taklimat bahawa masa depan mereka terletak di tangan mereka sendiri untuk berusaha.. Beliau turut juga menggesa agar kerajaan mempercepatkkan pemberian geran tanah & LUC. 

Ucapan perasmian YB Philip Lasimbang , kursus koko,getah ,lada pemuda UPKOEncik  Philip Lasimbang tertarik kepada agenda keusahawanan pemuda UPKO untuk menambahkan sumber ekonomi pemuda dan turut menjelaskan bahawa salah satu KPI kementerian aldalah membantu pekebun kecil, yang perlu pembelaan berterusan.

Beliau menegaskan masyarakat setempat perlu ambil kesempatan dari agensi-agensi kerajaan yang sudah sedia wujud untuk memajukan diri.Buliau juga mahu para penggiat pertanian mengutamakan hasil kualiti yang terbaik kerana bantuan modal, pasaran & kepakaran teknikal sudah disediakan oleh kerajaan. Beliau turut menggesa para peserta taklimat membuat keputusan cepat untuk menceburi bidang pertanian. 

Hadiah Khas juga telah disampaikan kepada Tokoh Pemuda Berjaya, Encik Jefrin Majangki, Pengerusi Jawatankuasa Sistem Tagal merangkap PKR Paginatan. Hadiah & sijil ini disampaikan oleh Timbalan ketua Pemuda UPKO Pusat, YB Masiung Banah, merangkap ADUN Kuamut.

Hadiah tokoh pemuda jefrin Majangki dari Tim ketua pemuda UPKO YB Masiung Banah Taklimat 1 – Penanaman KOKO – oleh En. Ramlee Kassim

 Pengenalan

Kesesuaian Tanah

Jarak antara tanaman

Pembajaan

Cara-cara permohonan bantuan

Pendapatan hasil Koko

Sesi soal jawab

c 088

 Ceramah 2 – Penanaman Lada Putih / Hitam – oleh En. Gilbert Goon

 Pengenalan & Vieriti tentang Lada

Kesesuaian Tapak / Tanah

Kontur & Kesesuaian Tanah

Jarak & Tiang sokongan

Menanam lada di ladang / kebun (Bakut & Dolomite)

Penyediaan & Semaian Keratan

Penyelenggaraan Kebun

Pembajaan & rumput penutup bumi

Pendapatan pengeluaran Lada Putih & Lada hitam

Borang permohonan

Sesi Soal Jawab

 Ceramah 3 – Penanaman Getah & Perkayuaan Nasional – oleh En. Zaini Ithnin

 Pengenalan

Contoh-contoh kayu berkualiti

Pengenalan spesis getah 1Malaysia

Kesesuaian Tanah

Jarak antara tanaman

Pembajaan

Cara-cara permohonan bantuan pinjaman & dain-lain

Pendapatan  hasil penjualan lateks dan penebangan kayu selepas tahun ke 16

Sesi soal jawab

c 105

 c 106

Ahli Exco Pemuda UPKO pada Seminar Penanaman Koko, Getah, Lada

Advertisements

Leave a comment

Filed under Kadazandusun, Malaysia News, Sabah News, UPKO

Kursus Penanaman Lada Padi

dsc00002Kursus Penanaman Lada anjuran Biro Keusahawanan Pergerakan Pemuda UPKO Nasional & Jabatan Pertanian telah diadakan di Penampang baru-baru ini.Kursus ini bertujuan untuk menambah pengetahuan di kalangan pemuda Kadazandusun Murut berkenaan penanaman lada padi secara komersil. 

Inisietif ini telah dibuat atas dasar pergerakan pemuda mahu masyarakat KDM lebih fokus kearah keusahawanan. Ini juga berikutan meningkatnya permintaan lada secara domestik dan peningkatan harga lada padi ke paras RM25 sekilo hari ini. Maklumat terkini, sebuah syarikat di 1 Borneo kota Kinabalu menawarkan pembelian sehingga RM50 sekilo lada padi bertujuan untuk kormesil.Untuk rekod Satu hektar tanah mampu menghasilkan purata 5 hingga 10 tan cili padi setahun.

dsc00016

dsc00013

Seorang penanam berjaya, mantan YB Philip Lasimbang telah dijemput untuk menyempurnakan majlis perasmian ini. Beliau sendiri menanam lada padi menggunakan teknologi ‘fertigation’ yang dibeli beliau sendiri di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lepas. Sambil menyeru agar pribumi Sabah harus mengambil peluang dibidang pertanian dan penternakan, berikutan secara kasar,Malaysia masih lagi mengimpot lebih 100 tan lada setahun dari Negara Thai. Ini ditambah lagi dengan perlantikan Sabahan YB Tan Sri Bernard Dompok yang telah mengetuai kementerian PIC.

dsc00020

3 orang penceramah dari Jabatan Pertanian Tuaran, telah datang memberikan topik menarik berkenaan makluk perosak dan keuntungan yang bakal dijana bagi sesiapa yang berhasrat menanam cili padi.

dsc000261

dsc00023dsc00027

Seramai 45 pemuda Kadazandusun Murut dari pelusuk negeri telah hadir ke kursus ini. Rata-rata pemuda datang sejauh Keningau, Kota Marudu, Kuala Penyu dan Sipitang. Lawatan ke halaman rumah mantan YB juga telah dibuat bagi melihat sendiri bagaimana cara-cara beliau mengusahakan penanam lada padi.

Oleh : GDJ

pemuda-upko-kursus-lada-padi-2009

5 Comments

Filed under Kadazandusun, Sabah News, UPKO