Tag Archives: Terbakar

Terbakar : SMK Tawau 2

 

Warga Tawau dikejutkan dengan kebakaran yang berlaku di Batu 2 Setengah yang melibatkan sebuah blok bangunan 3 tingkat SMK Tawau 2 dan 9 buah rumah dan sebuah rumah kongsi mengakibatkan 50 keluarga tinggal sehelai sepinggang, mereka kini ditempatkan di Surau berdekatan.

Namun apa yang dikesali penduduk adalah ketidakwajaran yang berlaku di tempat kejadian, 7 buah kenderaan bomba tiba di tempat kejadian tetapi hanya 1 sahaja yang membawa bekalan air. Dan bomba bertungkus lumus mengawal kebakaran bangunan sekolah menengah tersebut manakala rumah penduduk kampung seolah olah tidak dipedulikan.

Rata rata penduduk yang berada di situ tidak puas hati dengan tindakan bomba. Rumah penduduk kampung seolah olah tidak berharga, ya memang tidak dinafikan punca kebakaran bermula dari salah sebuah rumah penduduk tapi adakah itu menjadi alasan utama mengapa rumah penduduk kampung patut tidak diperdulikan?
Penulis sempat menemuramah salah seorang penduduk kampung yang berang akan kejadian ini, malah beliau sempat menegur seorang warga RTM yang merakam video di tempat kejadian untuk merakam dirinya memceritakan apa yang berlaku dalam keadaan marah. Beliau malah sempat mengkritik PM Malaysia dengan berkata : “Aku mau bagitau sama Najib”, beginikah caranya konon nak mendahulukan rakyat sedangkan di depan mataku sendiri sekolah lebih dipentingkan walhal kerajaan bila bila pun boleh bagi duit untuk baiki sekolah tu tapi kami ni orang yang susah tiada duit mau baiki rumah kami?!”

Salah satu insiden yang telah berlaku apabila ada penduduk kampung yang tidak dapat menahan api kemarahannya bertindak bergaduh sehingga bertumbuk dengan ahli bomba kerana rumahnya tidak dipedulikan sehingga musnah dijilat api.

Leave a comment

Filed under Sabah News