Taklimat penanaman Koko, getah dan lada telah diadakan oleh Pergerakan Pemuda UPKO Pusat bertempat di Dewan Perpustakaan Donggongon, Penampang baru-baru ini. Taklimat ini telah dirasmikan oleh Encik Philip Lasimbang iaitu Setiausaha Politik, Kementerian Perusahaan Perladangan, Komoditi Malaysia
Penceramah :
- Encik Ramlee Kassim, Pegawai Lembaga Koko Pantai Barat & Pedalaman
- Encik Gilbert Goon, Pegawai Kanan, Lembaga Lada (Sarawak)
- Encik Zaini Ithnin, CEO Forest Plantation Development
Lebih 150 peserta bumiputera Sabah telah mengikuti taklimat ini.
Ketua pergerakan pemuda UPKO pusat, Encik Arthur telah menegaskan bahawa teras keusahawanan adalah teras kepada perjuangan pemuda, untuk menambahkan pendapatan ekonomi pemuda.Beliau turut memberi nasihat pada para peserta taklimat bahawa masa depan mereka terletak di tangan mereka sendiri untuk berusaha.. Beliau turut juga menggesa agar kerajaan mempercepatkkan pemberian geran tanah & LUC.
Encik Philip Lasimbang tertarik kepada agenda keusahawanan pemuda UPKO untuk menambahkan sumber ekonomi pemuda dan turut menjelaskan bahawa salah satu KPI kementerian aldalah membantu pekebun kecil, yang perlu pembelaan berterusan.
Beliau menegaskan masyarakat setempat perlu ambil kesempatan dari agensi-agensi kerajaan yang sudah sedia wujud untuk memajukan diri.Buliau juga mahu para penggiat pertanian mengutamakan hasil kualiti yang terbaik kerana bantuan modal, pasaran & kepakaran teknikal sudah disediakan oleh kerajaan. Beliau turut menggesa para peserta taklimat membuat keputusan cepat untuk menceburi bidang pertanian.
Hadiah Khas juga telah disampaikan kepada Tokoh Pemuda Berjaya, Encik Jefrin Majangki, Pengerusi Jawatankuasa Sistem Tagal merangkap PKR Paginatan. Hadiah & sijil ini disampaikan oleh Timbalan ketua Pemuda UPKO Pusat, YB Masiung Banah, merangkap ADUN Kuamut.
Taklimat 1 – Penanaman KOKO – oleh En. Ramlee Kassim
Pengenalan
Kesesuaian Tanah
Jarak antara tanaman
Pembajaan
Cara-cara permohonan bantuan
Pendapatan hasil Koko
Sesi soal jawab
Ceramah 2 – Penanaman Lada Putih / Hitam – oleh En. Gilbert Goon
Pengenalan & Vieriti tentang Lada
Kesesuaian Tapak / Tanah
Kontur & Kesesuaian Tanah
Jarak & Tiang sokongan
Menanam lada di ladang / kebun (Bakut & Dolomite)
Penyediaan & Semaian Keratan
Penyelenggaraan Kebun
Pembajaan & rumput penutup bumi
Pendapatan pengeluaran Lada Putih & Lada hitam
Borang permohonan
Sesi Soal Jawab
Ceramah 3 – Penanaman Getah & Perkayuaan Nasional – oleh En. Zaini Ithnin
Pengenalan
Contoh-contoh kayu berkualiti
Pengenalan spesis getah 1Malaysia
Kesesuaian Tanah
Jarak antara tanaman
Pembajaan
Cara-cara permohonan bantuan pinjaman & dain-lain
Pendapatan hasil penjualan lateks dan penebangan kayu selepas tahun ke 16
Sesi soal jawab